Gagal jadi syarikat gergasi teknologi, kini CC Puan pengasas Green Packet dikenakan notis bankrap
11:07 Jul 25, 2022  |  By SabahKini2
Gagal jadi syarikat gergasi teknologi, kini CC Puan pengasas Green Packet dikenakan notis bankrap

Projek P1 TM untung RM350 juta tapi diserbu SPRM. Projek G3 Global dengan TPM juga gagal. Cubaan beli SilTerra penghujung 2020 juga gagal. Kini 2 Syarikat pula hantar notis bankrap kepada CC Puan untuk dapatkan RM30.66 juta.

‘Seperti jatuh ditimpa tangga’ itulah yang berlaku kepada ahli perniagaan terkenal CC Puan atau Puan Chan Cheong pemilik syarikat Green Packet Bhd yang diasaskannya pada tahun 2000.

Satu persatu apa yang dilakukan oleh CC Puan tidak Berjaya. Peletakan jawatannya dalam bulan Februari lalu membayangkan betapa sukar dirinya untuk kembali menyengat.

Percubaan akhirnya ialah cuba membuat pembelian SilTerra ilik Khazanah  sekitar penghujung tahun 2020. Hubungan rapatnya dengan Azmin Ali Menteri MITI tidak dapat melindunginya.

BOD Khazanah ditekan dengan sentimen adalah bahaya syarikat SilTerra milik bumiputera jatuh ke tangan bukan bumiputera dan syarikat asing. Naratif itu nampaknya berkesan. Semua syarikat pembida melobi cara tersendiri untuk membeli SilTerra.

Mengapa CC Puan mahu SilTerra?

SilTerra mempunyai kilang di Kulim, Kedah adalah satu-satunya kemudahan memproses wafer silikon- kepingan nipis litar elektronik berintegrasi (IC) atau cip yang banyak digunakan dalam alat elektronik konsumer sekarang, termasuk telefon bimbit.

SilTerra, yang ditubuhkan suku abad lalu, bukanlah kilang wafer Semikonduktor biasa-biasa- ia tersenarai sebagai 16 syarikat teratas pure-play foundry global oleh firma penyelidik industri IC Insights.

Malah, ia membekal produk cip kepada syarikat gergasi teknologi seperti Google, Apple dan Amazon. 

Bagaimanapun akibat salah tadbir urus Khazanah melihat SilTerra adalah satu pelaburan yang merugikannya.

Khazanah rugi kerana pelaburannya besar kerana ia membabitkan teknologi tinggi. Walaubagaimanapun media pernah melaporkan SilTerra pernah mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi tempoh 2014 hingga akhir tahun 2017 sebelum PRU14.

Oleh itu CC Puan perlukan SilTerra mencapai misinya sebagai taikun teknologi di negara ini.

Green Packet tewas

Empat syarikat membida SilTerra. Dua syarikat lain yang turut membida untuk membeli SilTerra ialah Dua syarikat tempatan iaitu Green Packet Bhd dan Dagang Nexchange Bhd (DNeX) - kedua-duanya membabitkan rakan kongsi syarikat dari China. Dua syarikat asing pula ialah- Foxconn dari Taiwan dan  X-FAB Silicon Foundaries dari Jerman

Dagang Nexchange Bhd (DNeX) memanfaatkan kekuatannya apabila menggunakan sentimen awam DNeX  syarikat bumiputra dan pegangan tidak terlepas kepada pihak asing sekalipun tawarannya lebih rendah berbanding Green Packet 

Gabungan Green Packet dan syarikat China Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd menggigit jari apabila Green Packet tumbang kepada DNeX sekalipun yakin menang atas alasan ‘kabel’ besar di Khazanah Nasional. CC Puan memandang rendah naratif SilTerra perlu kekal jadi milik bumiputera dan tidak jatuh ke tangan asing.

CC Puan terlepas pandang pada sentimen awam dan serangan peribadi pencapaiannya dalam dunia perniagaan menjadi bahan serangan terhadap lobi syarikatnya.

Pesaingnya menggunakan isu Green Packet syarikat yang terlibat dengan skandal rasuah dan disiasat SPRM sekitar tahun 2019 kerana skandal CC Puan dengan TM. Sekalipun kes itu belum selesai dan CEOnya belum dituduh di mahkamah tetapi ia jelas syarikat itu tidak punya integriti di mata awam.

 

 

 

Skandal CC Puan dalam skandal TM jual beli Syarikat Packet One Networks (P1) dengan harga RM350 juta dalam P1 menggegar syarikat TM yang juga dimiliki Khazanah. CC Puan dilaporkan untung besar urus niaga ini dan disiasat SPRM kerana salahlaku rasuah dalam kes itu. Kerana penjualaan PI itu CC Puan juga sempat menyertai TM tetapi beliau meninggalkan syarikat telekomunikasi itu tiga tahun kemudiannya.

Green Packet dalam G3 Global Bhd

Sebelum isu pembelian SilTerra, Green Packet juga adalah pemegang saham terbesar G3 Global, syarikat yang mendapat projek pembangunan semula Technology Park Malaysia. Boleh dikatakan sentuhan CC Puan melonjak kekayaan kedua-dua syarikat itu pada akhir 2019 dan awal 2020.

Projek gagal

Bagaimanapun perubahan politik dan pandemik covid-19 ‘melingkupkan’ CC Puan dan Green Packet. Hasratnya menjadikan Green Packet, syarikat gergasi teknologi di negara ini lebur. Syarikat berhadapan kerugian.

Sedar kesannya kepada Green Packet,  CC Puan melupuskan kepentingannya dalam Green Packet dan meletak jawatan sebagai pengarah urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu pada 31 Januari 2022.

CC Puan dituntut bayar RM30.66 juta atau bankrap

Namun dugaan CC Puan tidak berakhir disitu. Pada 19 Julai 2022, CC Puan telah dikeluarkan dengan notis bankrap oleh Mahkamah Tinggi pada Mei tahun ini. Sekali lagi isu tuntutan hutang pula melemaskan CC Puan.

CC Puan dituntut membayar RM30.66 juta kepada dua syarikat berhubung tiga perjanjian opsyen jual. Beliau gagal membayar kepada Medinis Sdn Bhd dan Everegion Sdn Bhd.

Apa lagi musibah bakal dihadapi oleh CC Puan? mampukah CC Paun bangkit?

 

 

Comment