(VIDEO) 9 rumah setinggan terbakar di Komuniti Bajau Suluk, Kg Saga 3 Numbak Sepanggar
16:07 Jul 27, 2022  |  By SabahKini2
(VIDEO) 9 rumah setinggan terbakar di Komuniti Bajau Suluk, Kg Saga 3 Numbak Sepanggar

Setinggan di Kg Numbak Sepanggar terbakar lagi. Kini 9 buah rumah. Netizen melaporkan kebakaran itu di kampung Komuniti Suluk Bajau Sepanggar. Tiada kemalangan jiwa berlaku

 

Sebanyak sembilan buah rumah setinggan Sepanggar musnah dalam satu kebakaran di Kg Saga 3, Jalan Numbak dekat sini, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi tadi (27 Julai) mengenai kejadian tersebut.

Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati satu kebakaran melibatkan sembilan buah rumah telah musnah dijilat api di Kg Saga 3.

“Bagaimanapun dalam kejadian kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata kenyataan itu.

Operasi terkawal pada jam 12:49 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.43 petang tadi.

Netizen turut menyebarkan kebakaran itu di sebelah UMS iaitu perkambungan setinggan Komuniti Suluk Bajau di Sepanggar.

 

LAPORAN KEJADIAN

(Kemaskini maklumat Terkini)

Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra, YS Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Operasi Negeri, Tuan-tuan dan Puan-puan.

Jenis Insiden : Kebakaran Rumah setinggan

Tarikh/Masa Panggilan : 27.07.2022 / Jam 11:54:53 (MERS999)

Alamat Kejadian : Kg Saga 3, Jalan Numbak

Mangsa : -

KPI : 2

Jarak : 13KM

Keanggotaan  : BBP Lintas (KB22-2,KB19-9/FRT-1,LFRT- 1,EMRS-1) BBP Kota Kinabalu (KB22-1,KB19-8/FRT- 1,W.TANKER-1)

Pegawai Operasi : PBK II Mohd Faizal Bin Alias

Pegawai Ibupejabat: PKPgB Dunstan Peter KB32-1,KB19-1

FIO HQ: PKPgB Kurong Ak Beki - KB29-1,PBKII Kup-1

FIO Zon KK: PgB Nurshahidul Hafizah Binti Selag- KB32-1,KB29-2

Agensi Terlibat: SESB-4 PDRM-4

Maklumat Kejadian : K/O lapor kebakaran melibatkan 9 buah rumah jenis tidak kekal bekeluasan 100x40 operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 300kaki 3 pancutan sumber air dari jentera. Tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Operasi terkawal pada jam 12:49:00. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bin Bisara 0138546031 dan Ketua Balai BBP Lintas PKPgB Agustavia Joe Guasi 012-8178843.

Sekian terima kasih,

Pegawai bertugas PGO Sabah.

Comment