TNC HEPA UPM 'kaki langgar undang-undang' kini dilobi KP 'Kayangan' sebagai Naib Canselor UMS
11:07 Jul 29, 2022  |  By SabahKini2
TNC HEPA UPM 'kaki langgar undang-undang' kini dilobi KP 'Kayangan' sebagai Naib Canselor UMS

Tahun 2021 semata-mata lobi jawatan VC UPM KP JPT Dr Husaini dan TNC HEP UPM sanggup langgar peraturan & kompaun RM10,000. Kini KP JPT lobi lagi untuk TNC HEPA UPM sebagai VC UMS. Orang dalam UMS tiada yang layak ke? Hancur UMS geng kaki rembat berkuasa

Akhirnya tempoh perkhidmatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah tamat

Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) oleh Kerajaan Pakatan Harapan berkuat kuasa 30 Julai 2019 hingga 29 Julai 2022.

Sabahkini2 ini telah mendedahkan siapa Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang pro IKRAM sebuah NGO Pro PH yang menyokong Dr Maszlee Malik. Ketika PH berkuasa Dr Maszlee telah menamatkan semua Naib Canselor dan Lembaga Pengarah Universiti dengan melantik semua pemimpin IKRAM.

Bagaimanapun ketika Kerajaan PH bertukar kepada Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan kini Datuk Seri Ismail Sabri Yacob Dr. Taufiq Yap Yun Hin masih dikekalkan sehingga hari ini. Mungkin dia masih berasal dari Sabah sekalipun begitu banyak kerosakan berlaku di UMS terutama pencapaian bumiputera di UMS.

Menteri Kabinet Sabah dan beberapa pemimpin turut menghantar surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad agar menamatkan khidmatnya. Menteri KPT Dr Noraini Ahmad pula berpendapat perkhidmatan Dr. Taufiq Yap Yun Hin biarlah sehingga tamat kontrak tanpa perlu memendekkan kontraknya. Bagaimanapun sehingga ke saat akhir Dr. Taufiq Yap Yun Hin terus melobi jawatan itu untuk masuk semula dalam senarai akhir pemlihan Niab Canselor UMS

Pelantikan Naib Canselor UMS baharu

Menurut sumber pelantikan Naib Canselor UMs bakal diumumkan tidak lama lagi. 5 nama yang disenaraikan ialah seperti berikut;

i. Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Pemangku sekarang) (Sabahan)

ii. Prof  Dr Arifin Abdu - Sekarang Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) (Tawau- Sabahan)

iii. Prof Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur -  Bekas TNC HEP/ Dekan UMS dan kini Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah. (Sabahan)

iv. Profesor Dr. Rasid Mail- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (Sabahan)

v. Prof Dr Ismail Ali- Bekas TNC HEP & Alumni UMS (Sabahan)

 
 Dr Arifin Abdu yakin beliau dilantik sebagai Naib Canselor UMS.
Beliau dah pun mengarahkan Pegawai Khas Naib Canselor mencari rumah besar mewah
yang dekat dengan sekolah dan juga UMS

 

Tangan Ghaib KP 'Kayangan'

Sumber KPT mendedahkan kini terdapat tangan ghaib daripada Jabatan Pendidikan Tinggi KPT yang digerakkan oleh KP 'Kayangan' Prof Dato’ Dr Husaini Omar  untuk jawatankuasa pemilihan VC UMS memilih  Prof  Dr Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPM sebagai Naib Canselor UMS.  Prof Dr Arifin Abdu Dr Arifin pada tahun 2021 kontroversi apabila demi lobi jawatan VC UPM sanggup didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila hadir merasmikan majlis hari raya pada hari raya pertama bersama pemimpin dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib!

[ARTIKEL BERKAITAN-  Demi jawatan Naib Canselor, Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000 ]

Demi jawatan Naib Canselor,  Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000Mengapa Pegawai seperti ini di pilih?

 

 

Tiga serangkai termasuk Prof Datuk Dr Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Prof  Dr Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) hadir dalam majlis itu.

Sepatutnya semua penjawat awam yang dikompaun dan melanggar PKP boleh diambil tindakan tatatertib dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Namun  tiada  tindakan tatatertib terhadap KP Kayangan  Dr Husaini dan dua TNC UPM. Husani KP maka diarahkan sendiri akar tutup kes tatatertib dirinya dan dua TNC UPM itu.

Penjawat awam lain diluar sana yang melanggar PKP ketika itu bukan sahaja diminta bayar didenda dengan puluhan ribu ringgit tetapi dikenakan tindakan tatatertib. 

Menteri KPT sendiri tidak pernah mengambil tindakan kepada mereka. Dan sediikit pun Menteri KPT tak akan berani menendang mereka. Maka tak hairan lantikan VC Universiti Awam sekarang berkecamuk. Ada yang lambat berbulan-bulan dan bermacam-macam lagi kononnya Hati Mahu dijaga. 

Prof Datuk Dr Husaini Omar sebagai KP JPT sepatutnya telah ditamatkan selepas insiden memalukan Menteri KPT Datuk Seri Dr Noraini Ahmad tahun 2021.

[ARTIKEL BERKAITAN- Noraini perlu singkir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' jenis 'Musang Berbulu Ayam' ]

 

Noraini perlu singkir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' jenis 'Musang Berbulu Ayam'

Hanya dua hari Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi beberapa keputusannya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi diubah serta merta termasuk pelantikan Naib Canselor wanita pertama iaitu Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika itu. Namun selepas Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik semula sebagai Menteri KPT,  Dr Husaini Omar cepat-cepat 'menjilat' semula Dr Noraini dengan muka tembok tak tahu malu.

Terrnyata Dr Husaini masih kebal dan sekarang beliau merancang untuk mengisi untuk mengisi kekosongan VC dan Pengurusan Universiti Awam. Kini Dr Husaini perlu melemparkan anak didiknya 'Geng Kompaun'  Prof Dr Arifin Abdu  ke UMS. 

Membawa Prof  Dr Arifin Abdu ke Sabah sebagai Naib Canselor pasti memberi masalah kepada UMS. Pemimpin dalaman UMS dan rakyat Sabah pasti jika skandal-skandal dan sikap nya sebagai TNC HEPA UPM di bawa ke UMS. Jika SOP dan undang-undang pun dia sanggup langgar pasti lebih besar masalah di UMS. Ramai juga mengenali  Prof  Dr Arifin Abdu pemberi projek kepada syarikat milik isterinya di UPM. 


Mengapa memilih Dr Arifin Abdu orang luar UMS jika ada calon dalaman UMS?

Tiga lagi calon Naib Canselor tempatan ialah Prof Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur, Profesor Dr. Rasid Mail dan Prof Dr Ismail Ali. Semuanya berpengalaman. Hanya kerana mereka bukan 'Budak Husaini' Dr Husaini KP JPT. Maka Dr Husaini akan persembahkan kepada Menteri KPT calon Naib Canselor yang dimahu dengan bermacam-macam laporan baik. Laporan didakwa di mahkamah dan dikompaun RM10 ribu tidak dikira walaupun itu jelas salah dalam tatatertib penjawat awam.

Apa yang perlu sebelum pelantikan Naib Canselor UMS diperakukan oleh Menteri KPT Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, sebaiknya senarai itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah selaku Pro Canselor UMS, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS dan beberapa pemimpin Sabah yang membuat aduan. Senarai itu bertepatan tak dengan kehendak Kerajaan Negeri Sabah. Jangan jadi Kerajaan PH sebelum ini lantik Naib Canselor sesuka hati membelakangi Kerajaan Negeri.

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad jangan mengalah kepada penjawat awam yang naik tocang di kepala seperti KP JPT Dr Husaini tu. Kuasa Menteri adalah jelas bagi pelantikan Naib Canselor universiti bukan terikut-ikut dengan cadangan yang bakal dikecam nanti.

Berhenti melantik orang luar jadi VC UMS. Lihatlah apa jadi bila  Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin pensyarah UPM VC UMS. Hancur UMS. Hanya kelihatan satu kaum saja naik pangkat di universiti. Kaum lain dan bumiputera tempatan di anak tirikan. 

 

 

4 Comments