YB Flovia jelaskan isu Jambatan Kg Mansiang, Masidi tegur penjawat awam tak bantu rakyat
09:07 Jul 30, 2022  |  By SabahKini2
YB Flovia jelaskan isu Jambatan Kg Mansiang, Masidi tegur penjawat awam tak bantu rakyat

YB Flovia perjelas isu Kg Mansiang banjir, Low River Crossing tidak dapat dilalui. Katanya peruntukan tersedia dan kini proses tender. Bagaimanapun Masidi menegur penjawat awam tak laksana kerja mudahkan rakyat.

Satu hantaran facebook Siti Hafizah Leezah mengenai isu setiap kali sungai Mansiang banjir, Low River Crossing tidak dapat dilalui mengakibatkan murid-murid sekolah menggunakan saluran paip air menyeberangi sungai itu untuk ke sekolah tular menyebabkan kecaman netizen kepada kerajaan.

Menurut Siti Hafizah, YB Flovia telah melawat lokasi dan Kg Mansiang Baru dan  berjanji membina jambatan ini pada bulan April lalu namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Sampai bila mahu tunggu, tunggu ada nyawa melayang baru akan dibina”. katanya

Bagaimanapun Adun Tulid daripada STAR, Flovia Ng itu telah menjelaskan peruntukan jambatan itu tersedia dan sedang dalam proses tender.

“Ia dalam proses dokumentasi cabutan tender kepada kontraktor,” katanya sebagai mengulas isu tular mengenai penduduk khususnya murid-murid sekolah yang terpaksa meniti saluran paip air untuk menyeberangi sungai  ke sekolah.

Banjir yang melanda kampung itu awal tahun ini melumpuhkan perhubungan penduduk, menyaksikan mereka melakukan pelbagai kaedah untuk menyeberang sungai itu.


YB Flovia Ng Adun tulid (STAR)

Untuk rekod katanya Low River Crossing dibina merentasi sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek ketika  normal tetapi tidak dapat dilalui semasa banjir.

Flovia menjelaskan kemelut tersebut berlaku sejak sebelum beliau dipilih sebagai Wakil Rakyat.

“Masalah ini berlaku sejak sekian lama,” Katanya dan memberitahu, hanya selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid,  beliau meletakkan kemelut itu sebagai keutamaan tugasan.

“Awal Januari lalu saya telah melawat ke lokasi ini dan memberitahu penduduk untuk menggunakan peruntukan khas ADUN Tahun 2022 bagi membiayai projek bina baharu sebatang jambatan gantung,”.

“Saya tidak pernah janji untuk membinanya pada bulan April, tetapi memberitahu mereka (penduduk) pada tahun ini (2022),”

 

 


 Low River Crossing dibina merentasi sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek
ketika  normal tetapi tidak dapat dilalui semasa banjir.

 

“Saya telah lakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan peruntukan, dan pada 23 Jun 2022 lalu peruntukan telah diperoehi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar,”.

“Dokumentasi tender diperingkat akhir pada ketika ini .. saya mohon penduduk supaya bersabar untuk seketika,” katanya.

Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan kemelut yang tular itu sebagai bahan untuk mencemu pemimpin dan kerajaan.

“Untuk makluman, saya telah melakukan yang terbaik untuk rakyat .. saya telah berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat .. kekangannya ialah setiap perancangan mengambil masa untuk selesai,” tambahnya.

Flovia meminta pemimpin di peringkat kampung supaya berusaha untuk memberi kefahaman kepada rakyat, bukan hanya mengenai isu jambatan Kg. Mansiang tetapi merangkumi semua sudut yang berkait dengan masalah rakyat.

Masidi kecam penjawat awam tidak peka masalah rakyat

Sementara itu mengulas mengenai video viral baru-baru ini pelajar sekolah di Tulid, Keningau berjalan di atas saluran paip menyeberangi sungai, Masidi berkata kejadian itu sepatutnya tidak berlaku.

Pegawai Daerah dan pihak berkuasa PBT sepatutnya sudah memikirkan jalan penyelesaian sementara. Jika dibiarkan terlalu lama ia menjejaskan rakyat.

Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengecam penjawat awam yang bergaji namun gagal memastikan jambatan dibina dan dibaiki segera.

Kerosakan jambatan atau ketiadaan kemudahan yang selamat akan lebih membahayakan nyawa kanak-kanak dan rakyat di luar bandar.

Netizen menyokong teguran Datuk Masidi ini kerana kes lama tapi Pegawai Daerah dan Setiausaha Majlis Daerah tak kerja ke? tidak ambil aduan atau tidak mencari jalan langkah sementara sehingga jambatan rasmi diberikan. Pegawai Daerah sepatutnya sudah berpakat dengan JKR Daerah menyelesai masalah bukan menunggu sehingga rakyat menularkan gambar atau video. Akhirnya Wakil Rakyat yang disalahkan sedangkan pelaksana dasar ialah penjawat awam.

Lepas ini mohon YAB Ketua Menteri  buat satu dasar jika ada isu tular melibatkan kawasan menunjukkan kegagalan Pegawai Daerah atau Pegawai Ekskutif termasuk jurutera daerah jika gagal pindahkan serta merta supaya penjawat awam di daerah bersungguh melaksana kerja. Peruntukan dan bantuan ada tetapi mengapa tak dilaksana segera. 

 

 

17 Comments