Shafie Apdal terima Ketua Pemuda Harapan Beaufort PALSU dalam Warisan
09:02 Feb 22, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal terima Ketua Pemuda Harapan Beaufort PALSU dalam Warisan

Kelihatan beberapa orang pemimpin Warisan Beaufort dan PKR

Kerana mahu mengampu Shafie Apdal: Hakikatnya pemuda yang menyertai Parti Warisan adalah seorang yang tidak dikenali.

Beaufort, 21 Feb: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah, Bahagian Beaufort menafikan sekerasnya dakwaan yang mengatakan kononnya Ketua Pemuda mereka telah menyertai Parti Warisan Sabah.



Naib Ketua I sayap Parti itu, Mohd Shahrul Nizam berkata mereka sedar bahawa terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan maklumat palsu ini melalui media sosial dan aplikasi whataps. 

Penyebaran maklumat palsu adalah untuk mengangkat kehadiran Shafie Apdal di kawasan itu hakikatnya pemuda yang menyertai Parti Warisan adalah seorang yang tidak dikenali. Umum mengetahui pimpinan Warisan di Beaufort sedang bercakaran untuk berebut siapa menjadi calon Warisan. Begitu juga Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan kerusi Parlimen dan dun di Beaufort. Akhirnya Shafie Apdal menerima kemasukan Ketua Pemuda Harapan PALSU dalam majlis itu.

Ustaz Riduan Bidin masih Ketua Pemuda Harapan Rakyat Beaufort.  Ini menunjukkan Warisan Beaufort telah kehabisan modal politik untuk mengampu kehadiran Shafie Apdal di Beaufort baru-baru ini.

 

Comment