Belum siasatan selesai Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah KPPA diserang habis-habisan. JIM, KPISM, CUEPACS tak perlu 'Double Standard'. Apa jadi kes Pengarah Imigresen hina petugas KKM di KKIA? tiada tindakan tatatertib malah dinaikkan pangkat jadi TKP.
Tan Sri Zuki Ali Ketua Setiausaha Negara yang tamat kontrak telah disambung sebagai KSN.
Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang sepatutnya menjadi KSN nampaknya tidak jadi KSN. Beliau bergelut dengan isu tengking pegawai imigresen. Setakat ini tiada bukti video KPPA itu menengking pegawai hanya ada video di KLIA laluan VIP.
Sebelum ini bermacam-macam serangan dibuat dilaman sosial kepada KPPA namun kurang mendapat sambutan berbanding isu di KLIA. Penghakiman sentimen awam nampaknya berkesan memberi tekanan kepada KPPA.
Sehingga kini kita masih menunggu jika ada video Part 2 sikap kasar KPPA dapat dirakamkan.
Bukti rakaman KPPA di KLIA
JPA menafikan perkara itu dalam satu kenyataan dan berkata KPPA hanya menegur Pegawai Imigresen James Lee kerana mengambil sikap mudah di laluan pintu masuk KLIA.
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) pula mahu siasatan berhubung dakwaan insiden membabitkan KPPA dengan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dibuat dengan seadilnya.
Presiden PPTD, Datuk Isham Ishak, berkata pihaknya memandang serius dakwaan terbabit dan menuntut semua pihak supaya tidak membuat sebarang tuduhan atau konklusi sebelum siasatan penuh dijalankan pihak bertanggungjawab.
Namun Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) sejak dari awal isu tanpa menunggu siasatan selesai menyerang habis-habis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan mendesak KPPA meminta maaf.
Tidak cukup itu Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani turut menyerang KPPA. macam biasa kerja Presiden CUEPACS hanya cara 'statement', cabar dan desak lepas tu dia senyap.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Dato’ Khairul Dzaimee Daud sepatutnya menangani isu pegawainya secara baik. Bukan menjadi 'kepala perang' kepada KPPA. Beliau memang ketua pengarah lalang sejak dari zaman BN, PH, PN malah hingga sekarang. Beliau sepatutnya sudah lama ditukar. Banyak isu Imigresen seperti rasuah berlaku di zamannya.
Mengapa tak siasat pegawai imigresen bernama James Lee ni? katanya sejak dulu James Lee bermasalah dan sering hilang dari tempat tugasnya. Malah bersikap sombong dengan penjawat awam lain. Ini perlu disiasat juga. Bukan tembak sehala.
Siasat James Lee juga. JPA wajar dedah rekod perkhidmatannya di Imigresen.
Apa kerjanya dan segala salah lakunya. Begitu juga tapisan SPRM. KLIA adalah lubuk rasuah.
Apa motif mereka? Apakah semua ini sudah dirancang awal oleh pihak tertentu? Semua penjawat awam ini maklum dengan pekeliling menggunakan media secara terbuka menyalurkan rasa tidak puas hati memburukkan imej jabatan sesuatu yang salah. Apatah lagi yang diserang ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam orang yang bertanggungjawab kepada perkhidmatan penjawat awam.
Apakah mereka tidak suka dengan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kerana dilaporkan beliau ‘Cindian’ pro India melantik pegawai yang salah dalam perkhidmatan awam? Atau sekitar skandal-skandal yang sedang dimainkan di laman sosial sekarang. Bermacam cara serangan dibuat namun tidak berkesan. Nampaknya isu di KLIA lebih besar tularnya.
Menariknya isu ini dimainkan disaat pelantikan Ketua Setiausaha Negara yang baru namun Tan Sri Zuki terus dikekalkan sebagai KSN.
Mungkinkah desas-desus mengatakan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bakal menjadi KSN itu benar?
Jawatankuasa siasat kes KPPA - pegawai Imigresen
Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai Jabatan Imigresen
Ia sebagaimana dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa perkara itu dibincangkan Kabinet supaya siasatan dilaksanakan jawatankuasa khas yang ahlinya ditentukan KSN.
"Kabinet setuju meminta KSN melihat perkara ini dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman bagi menyiasat perkara ini.
"Kita kena berlaku adil kepada semua pihak... yang mengadu dan diadukan itu, jadi kita serahkan jawatankuasa itu yang ditentukan KSN nanti.
"KSN akan tentukan siapa ahli jawatankuasa itu, pengerusi dan ahlinya," katanya
"Saya harap siasatan ini cepat, jangan terlalu lama kerana ia bukan susah sangat, ada video diedarkan dan panggil saksi kedua belah pihak.
"Kita bincang ini dalam Kabinet kerana kita tidak mahu timbul perpecahan dalam kakitangan kerajaan dan suasana harmoni dikekalkan," katanya.
Double Standard Jabatan Imigresen
Sikap Pegawai kerajaan bersikap kasar dan menghina penjawat awam di Lapangan Terbang bukan benda baru. Pada April 2020 juga pernah berlaku apabila Dato' Dr Muhammad Sade Pengarah Jabatan Imigresen Sabah mengherdik pegawai KKM yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 11.10 pagi di kaunter saringan kesihatan ketika PKP.
Petugas kesihatan itu mengadu mereka diherdik secara kasar dan meninggi suara oleh Pengarah Imigresen Sabah. Antara ayat yang direkodkan dalam aduan kepada KP Imigresen ialah;
“Kamu tidak guna otak? Saya adalah part of essential service macam mana saya nak kerja?
Kamu tidak kenal saya kah? Saya Pengarah Imigresen Sabah!”
[ARTIKEL BERKAITAN- Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah ]
Peristiwa ini sangat panas. Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat juga memberi kenyataan agar siasatan dibuat dan menggesa Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Dato’ Khairul Dzaimee Daud mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib. Dato’ Khairul Dzaimee Daud meminta maaf bagi pihak pegawainya tetapi Dato' Dr Muhammad Sade tidak pernah meminta maaf atas insiden itu.
Apa jadi kepada kes itu? Tidak ada pula Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) membuat kenyataan mohon Pengarah JIM diambil tindakan tegas. Tiada pula susulan tindakan tatatertib dibuat terhadap Pengarah Imigresen itu. Sebab dia Pengarah JIM Sabah maka tidak perlu tindakan.
Terdapat desakan kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Dato’ Khairul Dzaimee Daud memindahkan Dato' Dr Muhammad Sade dari Sabah selepas insiden tengking itu tetapi gagal. Muhammad Sade adalah pilihan Azis Jamman (warisan) bekas Timbalan Menteri KDN sebagai Pengarah JIM Sabah. Hancur imigresen Sabah ketika itu.
Tiada tindakan. Pengarah JIM Sabah naik pangkat lagi jadi Timbalan Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)..
Jadi mengapa Jabatan Imigresen dan KPISM 'double standard'?
Jika ada Pegawai Imigresen di KLIA atau mana-mana lapangan terbang diherdik oleh pegawai atasan lain maka semua bangun dari tidur menyerang penjawat awam itu tanpa siasatan yang adil.
Tapi Pegawai Kanan tinggi Jabatan Imigresen jika di KLIA atau KKIA boleh herdik penjawat awam lain tapi kalau kena ‘batang hidung’ sendiri maka mahu keadilan perlu segara.
Jika benarpun KPPA mungkin berkasar biarlah jawatankuasa dilantik kerajaan menyiasat dakwaan itu.
Ke mana Dato' Dr Muhammad Sade? Selepas setahun insiden itu tiada tindakan tatatertib tetapi beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pasti Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat gembira!
Agaknya Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Dato’ Khairul Dzaimee Daud nak cakap apa?
Teguran KPPA mengenai cara pegawai imigresen bekerja di pintu masuk KLIA itu ada asasnya. Pegawai Imigresen di KLIA bukan suci sangat pun.
Banyak kelakuan buruk pegawai imigresen di pintu masuk KLIA termasuk rasuah warga asing mana Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Presiden KPISM? Kamulah punca pintu masuk negara ini diceroboh sewenangnya.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam?
[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Timbalan Pengarah Imigresen: Sindiket 'Passport Terbang' dan 'Kaunter Setting' KLIA, Siapa lagi?]
Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan Timbalan Pengarah Imigresen
dan lebih 20 pegawai imigresen ditahan SPRM
Laporan media Pegawai Imigresen Jual Negara di KLIA