Kartel makanan ayam: MyCC kenakan penalti kewangan RM46.36 juta syarikat taikun Robert Kuok FFM Bhd
10:08 Aug 11, 2022  |  By SabahKini2
Kartel makanan ayam: MyCC kenakan penalti kewangan RM46.36 juta syarikat taikun Robert Kuok FFM Bhd

5 syarikat 'kartel makanan ayam' bakal dikenakan penalti kewangan 10% jika sabit kesalahan kerana terlibat dalam 'Perjanjian Kartel' melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010. 5 syarikat nafi dan bakal saman MyCC. Satu darinya milik Robert Kuok, FFM Berhad

5 Ogos lalu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan keputusan cadangan bagi siasatan terhadap isu berkaitan persaingan dalam industri ayam dan telur. 

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata pihaknya mendapati lima perusahaan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010. 

Lima perusahaan tersebut adalah

  1. Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Milik Malayan Flour Mills Bhd (MFM)
  2. FFM Berhad (Robert Kuok)
  3. Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd (Gold Coin Group )
  4. Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd (Leong Hup International Bhd)
  5. PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (CP Malaysia)

Hasil siasatan yang dijalankan menunjukkan syarikat berkenaan menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utamanya, di antara awal 2020 sehingga pertengahan 2022.

Melalui penetapan harga (Perjanjian 5 syarikat) pada kuantum sama yang menyebabkan kenaikan serupa dalam kalangan perusahaan, pilihan pembeli ketika memilih pembekal makanan ayam mereka yang menawarkan harga terbaik menjadi terhad. 

Kesannya, perlakuan perusahaan tersebut berpotensi menghasilkan sebuah landskap antipersaingan dalam rantaian bekalan industri ayam,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, makanan ayam adalah penyumbang utama kepada kos penternakan ayam iaitu kirakira 72.8% daripada jumlah kos keseluruhan. 

 

Bantahan ‘Kartel’

Susulan itu semua syarikat yang disenaraikan menafikan dakwaan itu. Kata mereka dakwaan MyCC terhadap anak syarikat masing-masing adalah tanpa merit, dan akan bertindak balas kepada MyCC dalam masa ditetapkan untuk mempertahankan anak syarikat mereka terhadap dakwaan berkenaan.

Kesemua syarikat mempunyai peluang mengemukakan representasi dalam tempoh 30 hari dari tarikh di mana keputusan cadangan berkenaan disampaikan kepada mereka. 

Setelah mendengar dan mempertimbangkan representasi bersama bukti yang dikumpul dalam proses penyiasatan, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir sama ada terdapat dapatan pelanggaran atau tiada pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010. 

Sekiranya terdapat pelanggaran, MyCC boleh mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia oleh perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran itu. 

Pada 1 Februari lalu, MyCC mengumumkan penubuhan satu pasukan khas untuk menyiasat isu berkaitan persaingan dalam industri ayam dan telur. 

Ini berikutan arahan diterima daripada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bahawa terdapat kartel menentukan harga makanan ayam yang menjejaskan pengeluaran ayam di negara ini.

 

Penalti RM46.36 juta PPB Group Bhd- Robert Kuok

Penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80% PPB Group Bhd milik taikun terkenal Tan Sri Robert Kuok. Siapa tidak kenal Robert Kuok?  

Taikun kesayangan Dr Mahathir yang dilantik sebagai Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan.

Tertakluk kepada penemuan berhubung dakwaan pelanggaran itu, MyCC telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM.

FFM mungkin mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC selewat-lewatnya 20 September dan terdapat desas desus syarikat milik Robert Kuak itu bakal menyaman MyCC.

 

Tindak balas MFM

Satu lagi syarikat dianggap kartel Malayan Flour Mills Bhd (MFM) menafikan dakwaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bahawa anak syarikatnya Dindings Poultry Development Centre Sdn. Bhd. (DPDC) melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 mereka terlibat dengan ‘perjanjian kartel’.

"Syarikat menafikan sekeras-kerasnya dakwaan 'pelanggaran tanpa merit' tersebut dan berhasrat mempertahankan dakwaan tidak berasas itu dengan bersungguh-sungguh," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia

Malayan Flour Mills Bhd. dijangka berdepan penalti kewangan sehingga 10% jika dikesan melanggar akta tersebut.

Menurut AmInvestment Bank Research, berdasarkan pegangan Malayan Floir Mills sebanyak 51% dalam syarikat itu, ia akan menyaksikan aliran keluar tunai sebanyak RM80.4 juta.

"Ini akan menghakis anggaran untung bersih kumpulan sebanyak RM84.7 juta bagi FY22.

Antara Ahli Lembaga Pengarah kontroversi dalam syarikat ini ialah Dato’ Maznah binti Abdul Jalil tokoh kepercayaan Pakatan Harapan pernah menganggotai BOD Felcra dan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC). Beliau juga merupakan Pengerusi Prestariang Berhad.

Apakah 5 kartel makanan ayam ini akan didenda oleh MyCC? Atau 5 syarikat ini termasuk FFM milik Tan Sri Robert Kuok akan menyaman MyCC dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail?

13 Comments