RUU Lompat Parti: Shafie kata 2018, 6 adun bukan lompat parti sebab dibuat secara berkumpulan!
20:08 Aug 12, 2022  |  By SabahKini2
RUU Lompat Parti: Shafie kata 2018, 6 adun bukan lompat parti sebab dibuat secara berkumpulan!

Shafie Presiden Warisan bila bercakap lompat parti beliau akan hilang ingatan. Insiden 2018 sama ada individu atau berkumpulan tetap lompat parti. RUU Lompat Parti beliau berlagak hero tapi lupa dialah punca kerosakan politik Sabah

Warisan tak pernah ada mandat 2018! semuanya curi lompat

Berang dikata Warisan pelopor 'Lompat Parti' melalui rampasan kuasa 12 Mei 2018, Shafie Presiden Warisan memberi alasan keadaan yang berlaku semasa kerajaan Warisan dibentuk tidak melibatkan pergerakan melompat secara bersendirian sebaliknya, ia membabitkan keseluruhan parti.

“Semasa UPKO berjumpa saya, mereka datang sekumpulan dan bukan secara individu, hanya kemudian baru ada ahli-ahli yang datang sertai kita secara individu dan mereka tidak ditawarkan sebarang imbuhan.

“Di bawah Perlembagaan, gabungan parti dibenarkan dan keadaan yang berlaku itu tidak melanggar undang-undang yang ada. Namun, ada pihak menyatakan kerajaan Warisan tidak sah kerana menerima wakil rakyat yang melompat.

“Harus diingat, UPKO datang sebagai sebuah kumpulan parti dan bukan secara individu,” katanya

Rakyat Sabah percaya kepada alasan itu? Siapa keseluruhan parti melompat itu?

6 Adun BN yang melompat ialah 4 UMNO dan 2 UPKO. ADUN Umno yang terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); Osman Jamal (Balung); dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

Rombongan berkumpulan dua UPKO Ewon Benedick (Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan). Kesemua mereka diberi jawatan Menteri dan Presiden UPKO Madius Tangau diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri serta diberi jawatan ADUN lantikan. Itu bukan rasuah ke?

Rombongan parti atau individu mereka datang bersama menjatuhkan BN..Tetap lompat parti juga

Akibat pembelian adun itu Warisan PKR dan DAP memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi. Drama lompat parti yang dicetuskan oleh Shafie Apdal dengan restu Dr Mahathir bukan rahsia. Tiada yang percuma.

Sekalipun terbukti jelas 6 ADUN Lompat parti Shafie dan Mahathir menggunakan SPRM untuk menyiasat Datuk Dr Jefry Kitingan. Semua yang melompat dapat jawatan dan wang tidak pernah disiasat SPRM hingga kini. Tiada penemuan RM20 juta yang dituduh Shafie Apdal kepada Dr Jeffrey.Nampak tak 'double standard' Shafie dan Warisan.

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?Peristiwa ketika itu. Jadi alasan Shafie sangat tidak relevan.
Lompat adalah lompat sama ada individu atau kumpulan. Tak perlu salahkan orang


Desakan RUU lompat parti di Sabah

Shafie Presiden Warisan perlu berhenti berdrama isu lompat parti. Desakan atau tidak daripada Warisan bukan isu kerana pemimpin GRS juga mahukan RUU yang sama.

Shafie Apdal tidak perlu mengambil kredit pada RUU lompat parti. Sama ada RUU Anti Lompat Parti itu dibentang di DUN itu terpulang kepada kerajaan GRS bukan kerana desakan Warisan.

Berhenti bercakap tak serupa bikin. Kamulah punca kepada lompat parti Mei 2018 yang sangat menjijikkan. Rasa geli bila Shafie dan Warisan berbicara hal lompat parti. Babi pun boleh terbang.

Hanya kerana Adun Warisan  keluar parti beramai-ramai pada julai 2020, 14 adun keluar parti secara 'rombongan' dianggap khianat tetapi ketika mereka menyertai Warisan dianggap demi rakyat. 

Shafie Apdal membubarkan DUN pada julai 2020 kononnya menyerahkan mandat rakyat tetapi akhirnya Warisan tewas dalam PRN di Sabah. Yakin menang akhirnya kayap!

 

 

13 Comments