PKR bukan 'Parti Malaya' kata Pengerusi PKR Sabah
20:08 Aug 15, 2022  |  By SabahKini2
PKR bukan 'Parti Malaya' kata Pengerusi PKR Sabah

22 bulan 'mengencing' rakyat Sabah, Dr Sangkar Pengerusi PKR Sabah menegaskan PKR bukan 'Parti Malaya' walaupun pejabatnya di Kuala Lumpur. Menurut Warisan PKR parti tidak 'Perform'.

22 bulan ‘mengencing’ rakyat, Pengerusi PKR Sabah yang baru dilantik, Dr Sangkar Rasam berkata. PKR lebih mudah membawa kebaikan kepada rakyat Sabah jika partinya diberikan kuasa untuk memerintah negara.

PKR katanya parti nasional yang sangat menghormati konsep perkongsian kuasa antara tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung, jika diberikan kuasa semula.

“PKR bukanlah satu ‘parti Malaya’ tetapi parti nasional yang memikirkan pembangunan, kesejahteraan dan kebajikan semua rakyat Malaysia,” katanya

PKR memperjuangkan  kuasa autonomi dan MA63 sebagai agenda utama partinya jika memerintah Sabah.

“Dalam masa terdekat, PKR akan melancarkan satu pelan kerja untuk menghadapi pilihan raya. Tawaran kita kepada rakyat sudah tentu lebih fokus kepada mempertingkatkan ekonomi keluarga supaya kehidupan mereka lebih selesa,” katanya.

Sangkar yang juga ketua cabang Keningau berkata, PKR perlu diterima rakyat Sabah sebagai wadah perjuangan untuk mengembalikan kegemilangan negeri itu.

Baru-baru ini pemimpin Warisan menyindir dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan parti tidak ‘perform’ memandangkan prestasi PKR yang teruk dalam beberapa PRK, PRN Sabah dan Sarawak. Malah prestasi di PRN Melaka juga sangat buruk.

Tanggungjawab Sangkar sangat mencabar selepas Christina Liew bekas Pengerusi MPN Sabah merosakkan PKR. Dr Sangkar sebelum ini terpaksa menggerakkan 'geng-geng' menentang Christina Liew namun kali ini didengar oleh Anwar Ibrahim. 

PKR merupakan ‘Parti Malaya’ seperti juga DAP dan Amanah dalam gabungan PH. Rakyat telah menilai pemerintahan PKR sejak 22 bulan lalu dan ternyata gagal memajukan Negeri Sabah.

Rakyat Sabah tidak perlukan PH ‘Kerajaan Hancing’. 22 bulan rakyat menderita inikan5 tahun kata Yusri dalam hantaran facebooknya mengulas kenyataan Sangkar bahawa PKR bukan ‘Parti Malaya’.

 

Comment