[VIDEO] Kalah bertanding, Shafie selamatkan 3 Adun Warisan gantung Mesyuarat Bahagian Lahad Datu
09:08 Aug 17, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Kalah bertanding, Shafie selamatkan 3 Adun Warisan gantung Mesyuarat Bahagian Lahad Datu

Tahu kalah 3 Adun Warisan berpura-pura tarik diri bertanding. Mesyuarat juga kecoh bergaduh. Shafie terpaksa selamatkan 3 Adun itu. Nampaknya ketika mereka pembantu menteri semua kayakan diri sendiri. Akhirnya rakyat tolak!

 

Parti Warisan (Warisan) bertindak menggantung mesyuarat di dua bahagian iaitu Lahad Datu dan Kota Marudu susulan pergeseran yang berlaku semasa pemilihan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, mesyuarat tahunan di dua bahagian itu berhadapan sedikit kekecohan semasa pemilihan maka, berdasarkan perlembagaan parti, kedua-dua bahagian itu terpaksa digantung.

“Namun, bagi kedua-dua bahagian Lahad Datu dan Kota Marudu akan digantung kerana ada kekecohan yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang bertanding,” katanya selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan hari ini.

Sebelum ini tiga wakil rakyat Warisan Adun Kunak Norazlina Arif, Adun Silam Dumi Pg Masdal dan Adun Tungku Assaffal Alian telah bertindak menarik diri dari pemilihan parti Warisan.

Masing masing bertanding untuk Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Warisan Lahad Datu.

Alasan mereka menarik diri kerana berlaku pergaduhan oleh itu mereka menarik diri dan fokus pada parti.

Ia menyebabkan pergaduhan suasana pengundian di Bahagian Lahad Datu dan dijadikan alasan penarikan diri wal hal perwakilan menolak tiga wakil rakyat kepercayaan Shafie Apdal ini.

Pengundian Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu ditangguh kerana calonnya Adun Tungku YB Assafal P.Alian bekas Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dilaporkan kalah. Timbalan Ketua Bahagian YB Dumi Masdal bekas Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar hanya mendapat 29 undi berbanding lawannya 45 undi.

Naib Ketua Bahagian pula YB Norazlina Arif bekas Pembantu Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Adun Kunak mendapat 22 undi menentang  Merdeka Bolang mendapat 51 undi.

Tiga Bekas Pembantu Menteri Warisan ini nampaknya ditolak akar umbi memandangkan ketika berkuasa tiada apa yang rakyat Lahad Datu dapat termasuk Datuk Mohammadin Ketapi Bekas Menteri Pelancongan.

Rakyat terus melihat kemunduran Lahad Datu sekalipun daerah penghasil minyak kelapa sawit di negara ini.

Shafie Apdal Presiden Warisan nampaknya cuba menyelamatkan 3 adun itu daripada tewas dan terpaksa menggantung keputusan mesyuarat bahagian itu bagi pemilihan semula begitu juga Bahagian Kota Marudu dan Beaufort.

Turut dilaporkan cuba disusun dan atur ialah Pemilihan Bahagian Semporna. Shafie menyeru agar ikut arahannya melantik pemimpin bahagian di Semporna. Jangan sesiapa menolak pemimpin bahagian yang dikehendakinya sebagai Naib Ketua Bahagian dan lain-lain. 

 

1 Comment