Indeks jenayah di Sabah meningkat 22.06%
20:08 Aug 18, 2022  |  By SabahKini2
Indeks jenayah di Sabah meningkat 22.06%

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, Sabah menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain untuk perbandingan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

KOTA KINABALU: Kadar indeks jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan 22.06 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai lepas apabila 2,429 kes dilaporkan berbanding 1,990 kes sepanjang tempoh sama pada 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, Sabah menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain untuk perbandingan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

“Begitu juga dari segi penyelesaian kes, Sabah menduduki tangga keempat dengan peratusan sebanyak 72.30 peratus daripada 14 kontinjen di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes jenayah indeks itu menunjukkan penurunan ketara sebanyak 911 kes berbanding tempoh sama pada 2019 sebelum penularan COVID-19 yang mencatatkan 3,340 kes.

“Polis Sabah akan terus berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menurunkan kadar jenayah agar masyarakat berasa selamat. Namun, usaha tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang padu daripada semua pihak.

“Justeru, saya amat mengalu-alukan semua pihak agar dapat menyalurkan apa juga maklumat dan aktiviti yang meragukan dalam menjaga keamanan dan keharmonian di negeri ini,” katanya 

Comment