Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya
14:08 Aug 22, 2022  |  By SabahKini2
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata, mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang.

SEMPORNA: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata, mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang.

“Maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing, maklumat lain seperti umur mangsa tidak diperoleh dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Faizal dalam pada itu, berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Faizal ketika dihubungi pemberita berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi mangsa berusia 34 tahun memancing di pinggir sungai bersama sepupunya (maklumat sebelum ini rakan) tanpa menggunakan bot.

“Tiba-tiba mangsa dibaham buaya dan sepupu beliau berjaya melarikan diri, kemudian melaporkan kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 8.35 malam tadi, dan akan disambung semula pada pukul 7 pagi, hari ini.

Comment