Tiga individu diburu polis terlibat kes pecah rumah di Luyang
15:08 Aug 23, 2022  |  By SabahKini2
Tiga individu diburu polis terlibat kes pecah rumah di Luyang

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 3.25 pagi apabila mangsa baharu pulang ke rumah dan menyedari seorang lelaki tidak dikenalinya berada di dalam rumah mereka.

KOTA KINABALU: Polis giat memburu tiga individu yang memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan di Luyang, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 3.25 pagi apabila mangsa baharu pulang ke rumah dan menyedari seorang lelaki tidak dikenalinya berada di dalam rumah mereka.

“Sebaik melihat tuan rumah, suspek meluru keluar dan cuba melarikan diri bagaimanapun tindakan suspek berjaya dihalang sebelum berlaku pergelutan.

“Suspek gagal melarikan beg sandang yang mengandungi barang berharga dan berjaya melarikan diri sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta pacuan empat roda menggunakan nombor pendaftaran ST1828 dipercayai palsu,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Mohd Zaidi berkata mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000 akibat kejadian ini dan kes sedang dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Palani Nathan di talian 016-4122835,” katanya.

Comment