Pejabat Ketua Pendaftar sahkan Deraf penghakiman kes Najib bocor lebih awal!
06:08 Aug 24, 2022  |  By SabahKini2
Pejabat Ketua Pendaftar sahkan Deraf penghakiman kes Najib bocor lebih awal!

Laporan polis dibuat. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mengesahkan deraf penghakiman yang belum dimuktamadkan telah bocor dan dibuah suai.

Luar biasa tidak pernah berlaku dalam negara apabila dokumen keputusan hakim perbicaraan dikeluarkan lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh Ketua Hakim Negara. Apa sudah berlaku? 

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mengesahkan merujuk kepada satu laporan yang disiarkan portal Malaysia Today bertajuk Najib's Razak SRC Appeal: The Judgementyang  mengandungi deraf kerja yang belum dimuktamadkan serta dokumen bocor yang telah diubah suai.

"Penyiasatan dalaman telah dimulakan dan pejabat ini mengesahkan dokumen tersebut merupakan deraf kerja yang belum dimuktamadkan.

Penghakiman muktamad hanya disampaikan di mahkamah terbuka pada lebih kurang jam 4 petang pada tarikh yang sama," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan perbuatan membocorkan deraf kerja merupakan suatu tindakan sengaja  untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan. 

"Badan Kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menjejaskan integriti sistem kehakiman negara," katanya.

Sehubungan itu pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis berkenaan deraf kerja penghakiman berhubung rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah bocor kepada pihak media hari ini. 

Ketua Hakim Negara sebelum ini menolak apa sahaja permohonan Najib bagi menangguhkan kesnya termasuk menukar peguam disaat-saat akhir.

Terdahulu Najib Razak membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan  menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana Syarikat SRC International atas alasan suami Tengku Maimun Datuk Zamani Ibrahim punya kecenderungan mempengaruhi pemikiran Tengku Maimun melalui bukti status laman laman sosial Facebook Zamani yang anti terhadap kepimpinan Najib Razak sebelum PRU 18 selain kehadirannya membuat rakaman di mahkamah.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Ketua Hakim Negara.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

 

 

 

Comment