Isu Najib boleh raih undi simpati kepada BN kata penganalis politik
03:08 Aug 28, 2022  |  By SabahKini2
Isu Najib boleh raih undi simpati kepada BN kata penganalis politik

Profesor Jeniri Amir berpendapat sabitan terhadap Najib mampu meraih undi simpati jika PRU ke 15 diadakan lebih awal. JIka lambat akan memberi masa kepada lawan BN menarik sentimen.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berpendapat sabitan terhadap Najib mampu meraih undi simpati daripada penyokongnya untuk Umno dan BN.

“Malah mungkin mereka yang menyokong Umno tetapi tidak menyukai Najib kembali ke parti itu.”

Bagaimanapun UMNO BN dalam bahaya kerana ketiadaan pemimpin mengetuai mereka melawan pembangkang. Mereka masih bergelut memilih siapa 'Poster boy' sekalipun Perdana Menterinya daripada UMNO.

Najib mempunyai kekuatan tersendiri sekalipun BN diserang bertalu.

“Peranan Najib dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka tidak boleh dipandang enteng. Sekiranya BN mahu menang dalam pilihan raya, ia perlu diadakan segera untuk membolehkan mereka meraih undi simpati.”

Jeniri berkata, jika pilihan raya tidak diadakan dengan segera, ini akan memberi masa kepada lawan BN menarik sentimen daripada menyokong kerajaan pimpinan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

“Jika pilihan raya ditangguhkan, dan tanpa kekuatan Najib menyokong BN, tidak mustahil PN mampu mendapat semula sokongan rakyat,” katanya

Sebelum ini Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC International.

Najib didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan membayar denda RM210 juta.

UMNO BN dilihat semakin bergolak selepas Perdana Menteri Ismail Sabri dilihat tidak dapat membantu sedikit pun penangguhan perbicaraan daripada Pejabat Peguam Negara dan membiarkan Najib segera dibicarakan dan sabit bersalah untuk dipenjara.

Ketidakhadiran Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dalam taklimat Presiden UMNO turut menambahkan lagi desas-desus pergeseran di kalangan pemimpin UMNO. Bagaimanapun Perdana Menteri hadir dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada malamnya menepis segala pergolakan berlaku.

Jika PRU ke 15 dilewatkan tahun hadapan Datuk Seri Ismail Sabri, UMNO dan BN akan berhadapan masalah untuk meraih sokongan memandangkan PH sedang menyusun semula khemah besar mengalahkan BN.

 

 

Comment