Mohamaddin Ketapi lompat lagi kini jadi ketua penaja PBM Sabah
21:08 Aug 28, 2022  |  By SabahKini2
Mohamaddin Ketapi lompat lagi kini jadi ketua penaja PBM Sabah

Kata Mohamaddin PBM ialah parti yang lahir di Borneo tetapi berjaya meluaskan pengaruhnya di wilayah Semenanjung dan ini dapat dilihat melalui penyertaan Ahli Parlimen dan ADUN di Semenanjung

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkuat kuasa hari ini. (28 Ogos).

"Saya memilih wadah perjuangan parti ini setelah menilai dan meniliti perlembagaan parti ini yang menjadi teras penubuhan memperjuangkan pelaksanaan hak dan autonomi wilayah borneo malaysia seperti YANG termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),

“PBM ialah parti yang lahir di Borneo tetapi berjaya meluaskan pengaruhnya di wilayah Semenanjung dan ini dapat dilihat melalui penyertaan Ahli Parlimen dan ADUN di sana (Semenanjung),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohamaddin sebelum ini keluar Bersatu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas pada Jun lalu. Beliau yang baharu enam bulan menyertai parti BERSATU pada 26 November tahun lalu selepas keluar daripada parti Warisan pada 30 Oktober tahun yang sama.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden PBM yang juga Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng.

Terdahulu, Sng turut mengumumkan Mohamaddin akan dilantik sebagai ketua penaja PBM bagi Sabah.

 

Comment