Mayat wanita ditemukan terdampar di pantai Tanjung Aru
15:08 Aug 29, 2022  |  By SabahKini2
Mayat wanita ditemukan terdampar di pantai Tanjung Aru

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, orang awan menemukan mayat wanita terbabit kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum melaporkan kepada pihak polis.

KOTA KINABALU: Satu mayat wanita warga emas ditemukan terdampar di kawasan pantai Tanjung Aru berdekatan Stesen Meteorologi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, orang awan menemukan mayat wanita terbabit kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Katanya, mangsa yang berumur 73 tahun itu dipercayai rebah ketika beriadah di kawasan pantai berkenaan sebelum ditemukan meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta ke pantai Tanjung Aru untuk beriadah dan meningalkan telefon bimbit serta dompet di dalam kenderaannya yang berkunci.

"Mangsa dipercayai berjalan di pantai sebelum rebah dan meninggal dunia," katanya mengesahkan kejadian hari ini.

Beliau berkata, pemerhatian luaran tidak menemukan sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa dan tiada kesan pergelutan.

Mohd Zaidi berkata, setakat ini belum ada sebarang unsur jenayah ditemukan dan siasatan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta saksi kejadian supaya tampil menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Comment