Kerjasama Malaysia, Croatia berpotensi tarik pelancong
14:09 Sep 02, 2022  |  By SabahKini2
Kerjasama Malaysia, Croatia berpotensi tarik pelancong

Duta Besar Malaysia di Republik Croatia, Kennedy Mayong berkata, kerjasama tersebut merangkumi promosi kebudayaan dan masakan selain usaha menjadikan tarian negeri ini diiktiraf dalam sambutan karnival di Eropah.

KOTA KINABALU: Kerjasama dua hala Malaysia dan Republik Croatia mampu menarik pelancong Eropah untuk melancong ke negara ini.

Duta Besar Malaysia di Republik Croatia, Kennedy Mayong berkata, kerjasama tersebut merangkumi promosi kebudayaan dan masakan selain usaha menjadikan tarian negeri ini diiktiraf dalam sambutan karnival di Eropah. 

“Kita akan mengadakan kerjasama dalam bidang pelancongan negeri bagi mempromosikan tarian, kebudayaan dan juga makanan untuk menarik pelancong dari negara-negara Balkan dan Eropah melancong ke sini.

“Selain itu, kita juga membincangkan bagaimana kerajaan negeri dapat membantu perancangan menghantar jurulatih mengajar tarian kebudayaan kepada kakitangan kedutaan dan rakyat Malaysia di Croatia bertujuan untuk menyertai karnival antarabangsa serta memperkenalkan budaya kita di Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Kennedy berkata, pihaknya turut berharap melalui pelaksanaan perancangan itu ianya akan mampu menarik lebih ramai pelancong dari Eropah datang ke Malaysia khususnya Sabah.

Beliau turut menyatakan kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan diri sebagai Duta Besar Malaysia ke Croatia yang berasal dari Sabah dan menjawat jawatan tersebut bermula tahun lepas.

Comment