Van ambulans rempuh kereta kerana melanggar kerbau
22:09 Sep 08, 2022  |  By SabahKini2
Van ambulans rempuh kereta kerana melanggar kerbau

Menurut mangsa berumur 28 tahun itu, kejadian jam 1 pagi itu berlaku selepas van ambulans terbabit terbabas masuk ke laluan bertentangan kerana melanggar kerbau yang berada di jalan berkenaan.

KOTA BELUD: Seorang lelaki terselamat selepas kereta jenis pikap yang dinaikinya dirempuh sebuah van ambulans di Jalan Kota Belud- Kota Marudu berhampiran Kampung Kesapang di sini.

Menurut mangsa berumur 28 tahun itu, kejadian jam 1 pagi itu berlaku selepas van ambulans terbabit terbabas masuk ke laluan bertentangan kerana melanggar kerbau yang berada di jalan berkenaan.

“Semasa kejadian saya dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Keguraan di sini dari arah Kota Kinabalu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah van ambulans masuk ke laluan di mana saya berada dan merempuh kereta saya di bahagian kanan selepas terlanggar seekor kerbau di laluan terbabit,” katanya.

Beliau berkata mujurlah kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepadanya bagaimanapun kenderaannya rosak teruk terutama di bahagian yang dirempuh.

Comment