Tidak sesuai di Rembau, KJ popular di kerusi bandar, Lembah Pantai, Bukit Bintang, Seremban..
11:09 Sep 09, 2022  |  By SabahKini2
Tidak sesuai di Rembau, KJ popular di kerusi bandar, Lembah Pantai, Bukit Bintang, Seremban..

KJ sangat popular di kawasan bandar. Malah disukai oleh undi 18. Hanya KJ boleh melawan PH di kawasan bandar seperti di Selangor, Lembah Pantai, Bukit Bintang, Seremban atau tempat lain sesuai. KJ akan jadi Giant Killer jika menang kawasan ini.

 “Sebagai orang parti, orang tahu kesetiaan saya, saya tak pernah lompat ke mana-mana, setia dengan UMNO, saya ikutlah apa arahan dari pucuk pimpinan parti.”

Demikian reaksi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung keputusan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hendak bertanding di kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu, beliau sudah dimaklumkan oleh Mohamad atau Tok Mat supaya mencari kawasan lain untuk bertanding nanti.

“Ya, dia (Tok Mat) dah maklum pada saya untuk saya pergi ke tempat lain dan oleh kerana beliau adalah Ketua Bahagian Rembau, saya timbalan kepada beliau, saya kena bagi laluanlah.

“Beliau kata nak bertanding di Rembau dan minta saya bagi laluan kepadanya. Saya tidak ada halangan. Saya kena bagi laluanlah,” katanya

Tok Mat juga menyatakan Hasrat untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam PRU-15 ini.

Bukan lagi rahsia Tokmat sebagai Timbalan Presiden bertanding di Parlimen Rembau. Khairy juga sedia maklum perkara itu.

Khairy menjelaskan akan akur kalau pucuk pimpinan memintanya bertanding di kawasan lain atau tidak lagi memilihnya sebagai calon pada PRU ini.

“Saya akan akur dan kalau pucuk pimpinan tak pilih saya bertanding pun saya akan terima sebab saya orang parti. Cuma setakat ini saya belum terima apa-apa arahan lagi.

“Saya nak pergi tempat lain pun rasa malu juga (ketawa)… nak ceroboh kawasan orang lain sebab politik UMNO ini kita bertanding di kawasan kita, kawasan di mana kita menjadi ahli, berkhidmat dan berjasa di kawasan tersebut.

“Sekarang ini terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti dan pada masa sama menunggu arahan itu saya sedang berusaha bertanya khabar dengan kawan-kawan yang mungkin ada tempat nak beri kepada saya, tapi kalau tak ada pun, tak apa,” katanya.


KJ amat popular di kawasan bandar dan undi 18. Tidak sesuai kerusi mudah menang seperti Rembau.

KJ tidak sesuai di Rembau

Rembau adalah kerusi selamat dan tidak sesuai untuk Khairy yang lebih popular di kawasan bandar. Sudah tiba masa Khairy menguji dirinya yang punya sokongan anak muda terutama bawah 18.

Ramai berpendapat Khairy sesuai bertanding di Kawasan bandar kepada populariti dirinya yang sesuai di kawasan itu melawat calon Pakatan Harapan. Antara kawasan yang disebut-sebut ialah Lembah Pantai, Bukit Bintang dan parlimen di Selangor. Beberapa kawasan parlimen di Negeri Sembilan juga sesuai seperti di Port Dickson, Kuala Pilah dan Seremban.

MCA biasanya tidak mahu bertanding di Parlimen di kawasan bandar. Mungkin kerusi seperti ini sesuai juga untuk Khairy Jamaluddin.

Lihat macam DAP mereka suka menguji diri mereka di tempat lain dan tempat lama digantikan dengan pemimpin baru. KJ perlu ambil peluang ini buktikan populariti dan kehebatanya di tempat lain bukan bergantung di Parlimen Rembau yang 'pasti menang'.

 

3 Comments