Najib sakit: Khairy mengaku tukar ubat Najib ‘Original’ kepada ubat ‘generic’ formula sama
00:09 Sep 14, 2022  |  By SabahKini2
Najib sakit: Khairy mengaku tukar ubat Najib ‘Original’ kepada ubat ‘generic’ formula sama

KP Kesihatan Dr Noor Hisham kata ubat yang sama. Menteri Kesihatan Khairy kata tukar ubat dari ubat ‘original’ kepada ubat generic formula sama. Ubat Original sudah tentu tak sama dengan ubat generik. Pengilang pun tak sama.

Awal September lalu beberapa portal melaporkan tentang penjara Najib yang sempit dan  tidak memuaskan walaupun para penyokong PH menggembar-gemburkan kononnya Najib dipenjara ‘VIP’. Bermacam-macam dakwaan sehingga jabatan penjara terpaksa membuat penafian termasuk Najib kononnya tinggal di rumah kakitangan penjara.

Najib bukan seperti Anwar Ibrahim mendapat layanan ‘VIP’.  Najib dikatakan mempunyai sakit sleep apnea dan leaking usus sejak sekian lama. Tidur pun mempunyai alat bantuan pernafasan. Tanpa alat tidur, boleh bermasalah dan membahayakan kesihatannya.

Jadi kemungkinan besar punca gangguan kesihatan berlaku ialah keadaan bilik penjaranya. Kali pertama Najib dimasukkan ke hospital  pada 5 September kerana sakit perut berulang.

Terbaru Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghadapi masalah kesihatan ekoran tekanan darah.

Pegawai khas Najib Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan bahawa doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan kolonoskopi ke atas bekas perdana menteri itu dan menemui pelbagai ulser baru, lagi masalah sama berulang sejak 15 tahun lalu.

Dia berkata, doktor juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.

Anak Najib  Nooryana dalam hantaran di laman sosial mendakwa ubat bapanya itu ditukar menyebabkan mendapat respon segera dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri PM juga mengarahkan  KKM memberi rawatan terbaik kepada Najib dan mendoakan kesembuhan Najib. 

 


Khairy dan KP KKM jawab isu ubat Najib

Susulan itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan anak Najib bahawa KKM menukar ubat Najib. Katanya Ubat yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak semasa dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 


Bagaimanapun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengaku menukar ubat Najib. Katanya Najib diberikan ubat tekanan darah tinggi tapi jenis generik. Ubat formula sama.

“Dia dulu ambil ubat ‘original’ sebab dia beli daripada hospital swasta. Bila dirujuk di HKL, kita ada ubat formula sama yang diberi di hospital kerajaan. Ubat itu sama. Formula sama. Tetapi bentuk generik,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata Khairy tuduhan ubat ditukar seolah-olah memberi gambaran bahawa ubat berbeza adalah tidak benar.

“Ubat generik ini kandungan sama. Penjelasan ini penting kerana terdapat tuduhan daripada pegawai dan ahli keluarga Najib,” katanya.

Semalam, keluarga Najib meminta kerajaan membenarkan bekas perdana menteri itu diberikan rawatan perubatan sewajarnya selepas mengalami masalah ulser dalam perut, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata semua banduan di penjara termasuk Najib akan diberikan rawatan terbaik.

Beliau juga berkata saranan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam supaya Najib diberi rawatan terbaik akan diikuti.

Bagaimanapun komen-komen netizen dalam media sosial mengenai jawapan Khairy ubat ‘Original’ dan ubat generik formula sama itu trending. Tidak kurang yang mengecam Menteri Kesihatan itu.

‘Ubat jenama original tentulah beza dengan generik. Contohnya ubat pantroprazole original tidak sama dengan ubat tiruan pantroprazole keluaran India’.

‘begitu juga pengeluar ubat generik yang kilangnya di Malaysia diluluskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tak mungkin sama dengan pengeluar ‘Original’. Ada pesakit tidak sesuai dengan ubat generik. Kata seorang doktor yang tidak mahu namanya disiarkan.

 

1 Comment