Curi duit SFI: Dato’ Narendrakumar Grant Thornton hadapi 8 tuduhan pecah Amanah RM2.38 Juta
00:09 Sep 15, 2022  |  By SabahKini2
Curi duit SFI: Dato’ Narendrakumar Grant Thornton hadapi 8 tuduhan pecah Amanah RM2.38 Juta

Isu saman SFI oleh PPSB belum selesai. Kini kantoi firma GTC yang sebelum ini bersekongkol dengan kerajaan Warisan rupanya curi duit SFI RM2.38 juta. GTC juga curi balak SFI, hasil rembat tapi gaji pekerja tidak dibayar. Kini semua dalangnya terjawab!

Isu saman firma taikun Syed Mokhtar Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) berkenaan pembelian Sabah Forest Industries (SFI) kepada Grant Thornton Consulting Sdn Bhd, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd dan Kerajaan Sabah belum selesai namun isu mengapa gaji pekerja SFI tidak dibayar akhirnya terjawab apabila Grant Thornton (GTC) yang bersubahat dengan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal sebelum ini didakwa pecah Amanah.

Semuanya gara-gara komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB! Mahu komisen syarikat China lebih lebih banyak akhirnya disaman, rakyat jadi mangsa dan berlarutan hingga kini.

Paling teruk GTC yang menguruskan SFI dengan ladang hutan seluas 683,000 ekar konsesi 99 tahun diberi kebenaran meneruskan operasi pembalakan secara minimum bagi menampung kos tertentu di bawah kendalian GTC sebagai Receiver & Manager  namun gaji pekerja tidak dibayar.

Ini menyebabkan pada Mei 2021 Kerajaan GRS membatalkan lesen konsesi pembalakan Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI). GTC rembat hasil balak tetapi pekerja derita!

Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC

Pendedahan Sabahkini2 mengenai Skandal Warisan, SFI, GTC dan Lee & Man Paper Manufacturing boleh di baca di artikel ini.

ARTIKEL BERKAITAN-

7 Julai 2019- 1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!

16 Oktober 2019- Kerajaan Warisan dalang perebutan SFI, sampai bila sengsara rakyat berakhir?

27 Oktober 2019- SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China

18 April 2021 - Jual SFI kepada syarikat China gagal, gaji tidak dibayar kini Menteri GRS perlu selesaikan

6 Julai 2021- Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC

9 Julai 2021- Tidak bayar gaji 3 bulan: JTK Sabah perlu dedah salahlaku Grant Thornton- SFI

 

GTC- Lapan pertuduhan pecah amanah

Terbaru semua kantoi apabila pengasas firma audit Grant Thornton Malaysia, Datuk C R Narendrakumar didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lapan pertuduhan pecah amanah wang deposit berjumlah RM2.38 juta milik sebuah syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd.


Narendrakumar, GTC dalam SFI


GTC tidak pernah membuat audit SFI sejak mengambil alih SFI tahun 2017 

 

Narendrakumar, 72, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan di hadapan Hakim, M Bakri Abd Majid manakala tiga pertuduhan di hadapan Datin Sabariah Othman.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, Narendrakumar sebagai ejen iaitu pengurus dan penerima (Receiver & Manager, R&M) di syarikat Sabah Forest Industries Sdn Bhd didakwa telah melakukan pecah amanah wang deposit berjumlah RM2,383,370.31 milik syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd dalam akaun CIMB, yang telah diamanahkan kepadanya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, antara 6 Disember 2019 hingga 18 September 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Semasa pendakwaan bagi lima pertuduhan, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Zulaaikha Mohd Apandi tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, beliau memohon jaminan RM200,000 bagi kesemua pertuduhan itu dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

TPR Lim Chooi Yi yang mengendalikan pendakwaan bagi tiga lagi pertuduhan itu juga tidak mencadangkan jaminan atas alasan sama.

Peguam, AG Kalidas yang mewakili Narendrakumar memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jaminan rendah.

"Anak guam saya adalah pengasas bersama Grant Thornton, yang merupakan syarikat audit serta perunding guaman yang mempunyai beribu-ribu pekerja. Anak guam saya juga mengalami masalah kesihatan iaitu jantung dan sakit belakang selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” kata peguam itu.

Bakri membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan dua penjamin bagi kelima-lima pertuduhan manakala Sabariah membenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin untuk ketiga-tiga pertuduhan.

Kedua-dua mahkamah memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

 

11 Comments