35% kerusi parlimen: Sabah, Sarawak mahu jadi penentu kerajaan mengapa BERSIH PH tak senang duduk?
13:09 Sep 19, 2022  |  By SabahKini2
35% kerusi parlimen: Sabah, Sarawak mahu jadi penentu kerajaan mengapa BERSIH PH tak senang duduk?

Sebelum ini 35%. Apa masalah jika kerusi Sabah Sarawak dikembalikan 35%. Sabah Sarawak nampak lebih kuat jika jadi penentu berbanding pak turut 'Malaya'. Cukai SST Produk Petroleum dapat dilaksana malah tuntutan diberi. Jadi apa masalah BERSIH?

Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya baru-baru ini membangkitkan pelbagai isu tuntutan MA63 termasuk menuntut mengembalikan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Menurut Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Negeri Sabah dan Sarawak sebelum ini mempunyai 35 peratus kerusi parlimen.

“Pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi Parlimen, diikuti Sarawak (24) dan Singapura (15), jumlahnya mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi Parlimen adalah di Malaya (Semenanjung).

“Malaya ketika itu tidak memiliki majoriti dua pertiga. Jadi, apabila Singapura keluar Malaysia pada 1965, kerusi miliknya sepatutnya diberi kepada Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kedudukan 35 peratus itu,” Katanya

Oleh itu apa masalah tuntutan itu? Ia sebagaimana juga hak 40 % hasil dikutip di negeri  atau royalti minyak dan kuasa-kuasa lain termaktub dalam MA63.


NGO Bersih adalah NGO PH

Apa masalah BERSIH, Thomas Fann pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya itu menghalang tuntutan Sabah dan Sarawak mempunyai kuota 35% kerusi Dewan Rakyat? Katanya Demokrasi Malaysia akan menjadi lemah.

Lemah bagaimana? Tak timbul isu rakyat Malaysia tidak lagi dianggap mempunyai undi sama rata di bawah skim seumpama itu.

Sebagaimana setiap tuntutan Sabah Sarawak daripada kerajaan BN, PH, PN dan kini Kerajaan Ismail Sabri perkara MA63 sudah dituntut sejak Malaysia terbentuk. Sabah Sarawak tetap begitu juga.

Sarawak memulakan melawan Kerajaan PH sejak 2019 untuk menuntut hak Cukai Jualan Produk Petroleum dan akhirnya mereka menang tuntutan itu di mahkamah. Dihina keras oleh Lim Guan Eng Menteri Kewangan PH sebagai kerajaan bakal muflis tidak mematahkan semangat GPS Sarawak dengan rezab negeri lebih besar.

Begitu juga Negeri Sabah mendapat untung dengan pelaksanaan Cukai Jualan Produk Petroleum yang masuk ke kantung kewangan negeri.

Akhirnya Sarawak mendapat RM8 bilion dari hasil produk petroleum. Sabah pula mengutip pendapatan hasil kerajaan sehingga mencatat kutipan hasil tertinggi RM5.449 bilion. Jika pembahagian cukai 40% dikutip dari hasil negeri tentu lebih memberi manfaat kepada Negeri Sabah Sarawak.

Bukankah ini bagus untuk rakyat Sabah Sarawak?

Bukankah itu juga jalan betul bagi Sabah Sarawak untuk lebih maju memanfaatkan hasil mahsul negeri tanpa terlalu bergantung dengan peruntukan Belanjawan tahunan?

Rakyat Sabah Sarawak jadi penentu

Jika isu lompat parti berjaya diselesaikan melalui Akta Anti Lompat sudah tentu 35% kerusi di Sabah Sarawak mengukuhkan lagi kerajaan negeri.

Melainkan Kerajaan Pusat mempunyai niat ‘Pecah Perintah’ terhadap dua negeri itu.

Parti Kerajaan Negeri yang menang di Sabah dan Sarawak berhak memilih kerajaan mana mereka perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan. Mahu pilih Kerajaan BN, PH, PN, GTA atau mungkin parti bebas jika berkuasa. Apakah salah? Ini negera demokrasi rakyat berhak memilih.

Mengapa Thomas Fann dan BERSIH bising? NGO BERSIH hanya NGO pro kepada Pakatan Harapan sebagaimana Majlis Peguam Malaysia. Apakah PH dan BERSIH merasa rugi dengan sentimen Negeri Sabah Sarawak sekarang?

BERSIH kena ingat rakyat Sabah dan Sarawak tidak pernah lupa kencing PH yang hancing. Masih terngiang lagi janji manis PH yang akhirnya mereka capati.

Kaedah Kerajaan Negeri berbaik dengan Kerajaan Pusat adalah cara lama itupun jika dalam satu komponen gabungan. Namun ia mungkin tak menguntungkan Sabah Sarawak dalam keadaan kerajaan pusat tidak kukuh di Semenanjung di mana pelbagai tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Jadi tidak timbul isu perbandingan dan USD1 dengan RM1. Kamu berkuasa di Pusat melayan negeri dengan baik kamu akan mendapat sokongan kerajaan negeri tetapi sebaliknya jika ia tidak menguntungkan rakyat Sabah Sarawak mereka boleh menarik sokongan dan membentuk kerajaan baharu yang sesuai memajukan negeri.

Kamu undi di ‘Malaya’ maka kamu mendapat undi kerusi di ‘Malaya’. Rakyat Sabah Sarawak mengundi di negeri maka mereka mendapatkan sokongan rakyatnya. Rambut sama hitam undi lain-lain.

Jadi pendapat Thomas Fann dan BERSIH hanyalah lebih menyuarakan kebimbangan mereka PH ditolak di Sabah dan Sarawak.

Sama ada kerusi 35% ini tidak menjamin Malaysia Timur akan bekerjasama dengan parti ‘Malaya’ itu terpulang kepada Sabah Sarawak. Mereka yang menentukan kerajaan.

Meramaikan pemimpin Sabah Sarawak dalam  Dewan Negara tidak banyak membantu segala tuntutan negeri diberi keutamaan Kerajaan Pusat. Ia lebih baik dimulakan dalam Dewan Rakyat. Beri semula hak kerusi 35% itu.

Kerajaan Sabah sudah bertukar-tukar kerajaan malah PH dan Warisan memerintah Sabah dalam 22 hingga 26 bulan sebelum PRN Sabah September 2020. Namun apa jadi? PH-Warisan juga gagal memajukan negeri. Mereka hanya fokus mengenyangkan kroni. Jadi berkuasa di negeri tidak bermakna juga Kerajaan Pusat memberi segala tuntutan MA63 sebagaimana janji sebelum PRU/PRN. Kerajaan Negeri akan gagal jika peruntukan kerajaan pusat hanya sekadar cukup makan RM5bilion setahun yang tidak pun menyelesaikan projek pembangunan di Sabah.

Jadi bagaimana mahu mengimbangi Kuasa Kerajaan Pusat atau Parti Malaya?

Jawapannya Sabah dan Sarawak menjadi penentu kepada kerajaan. Bukan Malaya menentukan Wilayah Sabah dan Sarawak!. Sabah Sarawak perlu dilayan sebagai rakan gabungan, wilayah malah sebagai sebuah negara.

Jadi jika Parti Malaya bertelagah, berpuak, bergaduh, perang dan saling menghancurkan satu sama lain parti di Sabah Sarawak berdiri sendiri tanpa bergantung dengan rakan Parti Malaya. Sabah Sarawak tidak rugi.

Gabungan GPS dan GRS

Jika di Sarawak ada GPS dan Sabah ada GRS bayangkan jika dua gabungan parti ini membentuk gabungan borneo yang lebih kuat sebagai sebuah parti. Gabungan GPS dan GRS tidak pernah rugi apa malah lebih kuat dan untung.

25 kerusi Parlimen Sabah dan 31 kerusi Sarawak berjumlah 56 kerusi pasti menjadi penentu parti Malaya membentuk kerajaan pusat dalam PRU15. Yang pasti PRU-15 lebih awal mungkin menyebabkan part-parti Malaya sukar membentuk kerajaan. Jawapannya ialah Sabah Sarawak.

Jadi mengapa Sabah dan Sarawak tak ‘demand’? Bodohlah Sabah Sarawak jika tidak mengambil peluang ini. Hanya dengan Sabah Sarawak kuat kita dapat apa kita mahu.

Jadi rakyat Sabah dan Sarawak tidak perlukan pandangan dari desakan NGO BERSIH penyokong PH untuk memandai di Sabah Sarawak. Kamu rasa NGO BERSIH kuat maka kamu boleh bentuk parti untuk bertanding.

Keresahan NGO BERSIH langsung tidak memenuhi aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak. Titik!

Sabah First!

Ketua Editor,
SK2

 

2 Comments