Bot tunda gagal kemukakan dokumen ditahan Maritim
15:09 Sep 28, 2022  |  By SabahKini2
Bot tunda gagal kemukakan dokumen ditahan Maritim

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot tunda yang dikendalikan oleh tujuh kru termasuk kepten dan warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot tunda berhampiran Pulau Burung di sini pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot tunda terbabit ditahan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut di kawasan terbabit.

“Semasa diperiksa pihak operator gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan semasa diperiksa seperti tiada nama master di belakang Buku Certificate of Malaysia Registry dan gagal mematuhi keanggotaan seperti dalam syarat lesen (Domestic Shipping License).

“Bot tunda yang dikendalikan oleh tujuh kru termasuk kepten dan warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MS0)1952 kerana gagal mengemukakan dan mematuhi sebarang dokumen.

Katanya Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana -mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut. 

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087- 453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk sebarang maklumat di perairan negara.

Comment