Restoran kebal tepi jalan ‘Hayat Polo Nasi Kandar’ milik kroni Naib Presiden Perbadanan Putrajaya?
02:09 Sep 30, 2022  |  By SabahKini2
Restoran kebal tepi jalan ‘Hayat Polo Nasi Kandar’ milik kroni Naib Presiden Perbadanan Putrajaya?

Mengapa Restoran Khemah Hayat Polo Nasi Kandar Melayu ini kebal penguatkuasa? Kawasan pasar malam, Food Truck Putrajaya tapi dibenar bina struktur kekal. Siapa mereka? kalau mereka boleh mengapa orang lain tak boleh? rupanya milik kroni Naib Presiden ..

Ramai yang mungkin sudah mula perasan dan sedar kehadiran satu khemah besar berdekatan dengan Presint 15 atau lebih dikenali sebagai Presint Diplomatik.

Menurut mereka satu restoran sangat kebal dan punya perlindungan ‘kabel’ besar Putrajaya berada di situ.

Sebuah restoran khemah nasi kandar yang beroperasi dengan nama Hayat Polo Nasi Kandar Melayu. Tiada siapa penguatkuasa yang berani menganggu mereka.

Restoran khemah ini terletak di kawasan tempat letak kereta bersebelahan dengan kawasan telah digazetkan sebagai kawasan Food Truck Putrajaya. Bannernya saja sebesar-besar banner yang terpampang memberi mesej restoran khemah ini mendapat restu beroperasi disitu. Tiada peniaga lain dibenarkan hanya mereka sahaja!

 

Katanya dahulu mereka beroperasi di Wisma Prisma, Putrajaya. Namun dikatakan kurang sambutan maka sebab itu mereka berpindah ke tapak pasar malam Presint 14 (tapak sekarang). Mereka juga pemilik rangkaian café dan bistro yang dikenali sebagai Hayat Polo Café and Bistro di Taman Equestrian.

Pemilik restoran ini ialah Syarikat Hayat Empire Sdn Bhd.


Restoran khemah sementara tapi ada binaan kekal.

Semua orang Putrajaya tahu bukan senang berniaga tepi jalan di Putrajaya. Hendak berkhemah di kawasan taman Putrajaya pun perlukan permit atau sewaan tapak atau mungkin bayaran masuk.

Tapi restoran sekadar khemah besar ini Hayat Polo Nasi Kandar Melayu boleh diluluskan pembinaan bangunan kekal untuk dapurnya.


Siapa premis seperti ini diberi kelulusan di Putrajaya bersebelahan Presint Diplomatik?
Hanya Hayat Empire Sdn Bhd

Mula-mula ramai menyangka ia hanya sebuah kedai sementara kerana beroperasi di tapak pasar malam atau mungkin kerana program istimewa Perbadanan Putrajaya sempena Hari Kemerdekaan atau majlis rasmi kerajaan.

Rupanya ia merupakan restoran milik kroni Nik Shukri Nik Soh Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya. Beliau sangat berkuasa berbanding Presiden Putrajaya kerana kuasa pelesenan, kesihatan persekitaran, komuniti dan penguatkuasa dibawahnya. Nik mengawal semuanya. Maka Syarikat Hayat Empire Sdn Bhd diberi perlindungan.

Beliau sering mengadakan pemeriksaan mengejut harga barang di premis-premis Putrajaya, pemantauan projek bangunan, kedai komersial dan lain-lain lagi. Restoran atau kedai kotor disaman tapi tak mampu menyerbu restoran khemah Hayat Polo Nasi Kandar Melayu

Begitu berkuasanya Nik Shukri Nik Soh Naib Presiden Perbadanan Putrajaya ini. Maka berdiri megahlah khemah besar Hayat Polo Nasi Kandar Melayu ini. Sekali sekala Nik Shukri Nik Soh juga makan percuma di sini bersama pengikutnya.

Kini restoran khemah ini seolah-olah bakal menjadi bangunan kekal di sini. Tiada penguatkuasa berani menyerbu kerana tuan besarnya ialah Nik Shukri Nik Soh. Taukeh boleh halau penguatkuasa. Kebersihan kedai, sistem pengairan, pengendalian asap-asap makanan dan sampah sarap bukan lagi keutamaan di restoran khemah ini. Tiada lagi sistem penggredan kebersihan A, B dan C sebagaimana biasa dibuat di Putrajaya. Kini semua dicapati demi restoran khemah Hayat Polo Nasi Kandar Melayu. Kalut ya memang kalut!

Apa permit restoran khemah ini gunakan? Pasar malam? Tapi berniaga dari jam 11 pagi hingga tengah malam!. Siapa meluluskan? Hendak buka carwash pun sukar di Putrajaya ini demi prestij. Tapi restoran khemah ini boleh. Jika syarikat Hayat Empire Sdn Bhd mengapa tidak syarikat lain juga boleh membina khemah di kawasan parking sebelahnya.

 

Siapa pemilik syarikat Hayat Empire Sdn Bhd kroni Nik Shukri Nik Soh?

Syarikat ini dimiliki oleh tiga pengarah iaitu Salleh Md Said (60), Roshayati Abdul Majid (50) dan  Mohamad Zulkhairi Abu Hasan (44). Memandangkan syarikat itu ditubuhkan jun 2022 maka syarikat baru ini belum mempunyai audit lagi.

Syarikat induknya Restoran di Hayat Polo Café and Bistro di Taman Equestrian bukan biasa-biasa juga. Harga kayangan. Kerana itu juga mungkin syarikatnya diberi oleh Nik Shukri Nik Soh di tapak parking Presint 14 itu.

 

 

 

Selepas isu Restoran Hayat Polo Nasi Kandar Melayu ini didedahkan agaknya berani tak Nik Shukri Nik Soh Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya bersama pegawainya menyerbu restoran khemah ini?

SPRM wajar menyiasat salah guna kuasa Nik Shukri Nik Soh dan pasukannya kerana secara terang-terang Syarikat Hayat Empire Sdn Bhd itu melakukan kesalahan terbuka tetapi tidak diambil tindakan. Mesti ada sebab Nik Shukri memberi kebenaran dan perlindungan walaupun tiada syarikat lain lulus berniaga di sana. Ini semua mesti dilakukan  demi keadilan peniaga-peniaga yang menyewa premis ribuan ringgit di Putrajaya. 

By - Mr Z

Nota: Artikel ini merupakan Surat Pembaca yang dihantar melalui emel editor.

 

15 Comments