SPRM bongkar kartel monopoli projek MBSA ada kaitan pemimpin PKR Selangor
12:09 Sep 30, 2022  |  By SabahKini2
SPRM bongkar kartel monopoli projek MBSA ada kaitan pemimpin PKR Selangor

SPRM dilaporkan berjaya membongkar satu kartel dipercayai memonopoli tender projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. Datuk Bandar turut ditahan. Siapa pemimpin PKR terlibat?

Lubuk PBT rasuah Selangor akhirnya diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Siapa tidak kenal PBT MBSA.

SPRM dilaporkan berjaya membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini sembilan individu  beberapa kakitangan MBSA termasuk Datuk Bandar MBSA ditahan bagi membantu siasatan.

"SPRM masih menjalankan siasatan dan kami percaya penahanan mereka ini berjaya membongkar sebuah kartel dengan tangkapan terbaharu melibatkan pegawai kanan MBSA.

"Satu daripada dapatan kita ialah pegawai kanan itu terima habuan benda berharga yang nilainya berpuluh ribu ringgit. Kita sedang siasat bagaimana perbuatan rasuah itu berlaku dan bagaimana sebuah syarikat mengawal 30 syarikat lain untuk dapatkan projek di jabatan berkenaan di MBSA," katanya kepada pemberita dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara semalam.

Pada Ahad lepas, SPRM menahan tiga individu iaitu dua pegawai MBSA dan seorang kontraktor dipercayai berhubung projek kerajaan negeri. Turut dilaporkan kontraktor yang ditahan mempunyai kaitan dengan wakil rakyat PKR Selangor.

 

4 Comments