[VIDEO] Bazar Rakyat Kota Belud prasarana terbaik, pacu ekonomi tempatan
00:10 Oct 04, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Bazar Rakyat Kota Belud prasarana terbaik, pacu ekonomi tempatan

Dari sebuah usaha bekas Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Panglima Hj Abdul Rahman Dahlan kini Bazar Rakyat Kota Belud dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk rakyat Kota Belud.


Kredit: Tiktok Datuk Seri Rahman Dahlan

Dari sebuah usaha bekas Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Panglima Hj Abdul Rahman Dahlan kini Bazar Rakyat Kota Belud dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk rakyat Kota Belud.

Menurut Reezal Merican Bazar Rakyat Kota Belud turut mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan QRPay Duitnow bagi peniaga berdaftar yang boleh menyumbang ke arah transaksi lebih tinggi serta memudahkan rakyat menjalankan perniagaan menggunakan teknologi semasa.

Mula dibina pada 6 Jan 2016 dan diserahkan kepada Majlis Daerah Kota Belud pada Februari lepas menggantikan pasar yang tidak dapat lagi menampung keperluan peniaga dan penduduk kini tersergam indah.

Pada asalnya ia adalah tapak pasar tani dan deretan kedai lama, yang kemudian dibina sebuah bazar dengan kos RM24 juta bagi menyediakan premis perniagaan lebih teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung selain memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk setempat.

Bazar yang merangkumi blok bangunan tiga tingkat itu dilengkapi 148 unit gerai basah; 78 unit gerai kraf tangan dan tekstil; 26 unit gerai medan selera dan 60 unit parkir memudahkan penduduk setempat mendapatkan barang keperluan selain membuka peluang perniagaan baharu.

Rakyat berterima kasih

Pembinaan Bazar Kota Belud ini menggembirakan peniaga dan rakyat. Usal Jon, 53 dari Kampung Tempasuk yang menjual hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di tepi jalan, kini berasa seronok dan teruja apabila berpeluang memiliki lot gerai baharu yang lebih bersih dan selesa di Bazar Rakyat Kota Belud

Katanya bazar rakyat berkenaan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung, sekali gus membantu golongan peniaga seperti beliau mengembangkan perniagaan serta meningkatkan hasil jualan.

Justeru, beliau berterima kasih kepada kerajaan serta pemimpin setempat kerana berjaya membangunkan bazar rakyat itu dengan prasarana terbaik.

"Saya gembira dapat berniaga di sini kerana ada tempat letak kereta yang memberi kemudahan kepada peniaga dan pengunjung. Sebelum ini saya berniaga di tepi jalan dan membuat permohonan berniaga di bazar ini yang akhirnya diterima.

Seorang lagi peniaga Dosilih Tompuling, 48, dari Kampung Melangkap Kapa berkata infrastruktur bazar rakyat itu lebih baik berbanding pasar tani sebelum ini kerana peniaga dapat berniaga sepanjang masa dan terlindung daripada panas atau hujan.

"Bazar Rakyat ini sangat selesa, panas atau hujan kami masih boleh terus berniaga. Saya berharap bazar ini dijadikan sebagai pusat sehenti (dengan menawarkan pelbagai barangan) untuk kemudahan peniaga dan pembeli," katanya yang menjual hasil pertanian sejak 2005.

Untuk rekod ketika Rahman Dahlan sebagai Ahli Parlimen Kota Belud selain  Bazar Rakyat Kota Belud banyak pembangunan yang di bawa seperti PPR Ulu Pirasan Kota Belud, projek PBT,  Dataran Kota Belud, projek menaiktaraf Jalan Kulambai - Suang Punggur - Belud tanduk (RM10 juta) menaiktaraf Jalan Tengkurus - Lahanas, Jalan Gaur - Mengkulat dan Jalan Sayap dan lain-lain lagi.

 

1 Comment