Tidak bincang tarikh bubar Parlimen
19:10 Oct 06, 2022  |  By SabahKini2
Tidak bincang tarikh bubar Parlimen

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan bahawa majlis menghadap hari ini hanyalah taklimat sebelum mesyuarat kabinet

Tarikh pembubaran Dewan Rakyat tidak dibincangkan semasa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan AgonAg hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan bahawa majlis menghadap hari ini hanyalah taklimat sebelum mesyuarat kabinet.

“Hari ni cuma (taklimat) prakabinet. Isu-isu prakabinet, mesyuarat mingguan,” katanya

Kerajaan akan meneruskan pentadbirannya seperti biasa dan membentangkan Bajet 2023 esok.

Laman rasmi Facebook Istana Negara juga memuatkan gambar-gambar pertemuan bersama PM itu.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat prakabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat prakabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.”

Ismail Sabri sebelum ini berkata dia akan membincangkan perkara itu dengan Yang di-Pertuan Agong sekiranya sempat.

 

 

Comment