Bajet 2023: Jumlah RM372.3 bilion, Sabah dapat RM6.3 bilion
23:10 Oct 07, 2022  |  By SabahKini2
Bajet 2023: Jumlah RM372.3 bilion, Sabah dapat RM6.3 bilion

RM372.3 bilion untuk Bajet 2023. Sebanyak RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5 bilion bagi Kumpulan Wang Covid-19. Sabah dapat RM 6.3bilion

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan peruntukan berjumlah RM372.3 bilion untuk Bajet 2023.

Jumlah itu meningkat RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.

Sebanyak RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5 bilion bagi Kumpulan Wang Covid-19.

Berikut butiran daripada Bajet 2023:

-

Pendidikan

  • Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar, iaitu sebanyak RM55.6 bilion.
  • Semua pelajar akan menerima bantuan pendidikan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
  • RM825 juta diperuntukkan untuk bantuan pelajar.
  • RM777 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 800,000 pelajar dan 7,300 pengusaha kantin.
  • Kadar makanan bermasak RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, berkuat kuasa bulan ini.
  • 3 bilion untuk memastikan pelajar mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat.
  • 1 bilion untuk membaiki dan menyelenggara semua sekolah, termasuk sekolah vernakular dan agama.
  • RM430 juta untuk membina lima sekolah baharu di Sabah, Sarawak, Terengganu, Cyberjaya dan Selangor.
  • RM20 juta untuk menambah baik kemudahan di sekolah keperluan khas.

Pembangunan

  • 5 bilion untuk menyokong usaha merealisasikan 17 matlamat pembangunan mampan (SDG).
  • RM562 juta untuk melaksanakan projek Empangan Sabo.
  • RM510 juta untuk menambah baik infrastruktur jalan ke Pengerang.
  • Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan siap menjelang 2024.
  • 4 bilion untuk menyelenggara dan membaiki bangunan kerajaan sedia ada.
  • 2 bilion untuk penyelenggaraan jalan negeri.
  • RM150 juta untuk pembangunan bandar sempadan dekat Thailand dan Kalimantan.
  • 7 bilion untuk projek kecil dan sederhana di seluruh negara.
  • RM500 juta untuk projek infrastruktur G1-G4.

Kebajikan sosial

  • Secara keseluruhan, Putrajaya akan menyediakan RM10 bilion untuk kebajikan dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
  • Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan lima anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500. Ini adalah kategori baharu.
  • Isi rumah sehingga empat anak pula layak menerima BKM RM1,000 hingga RM2,000.
  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250,bergantung kepada bilangan anak.
  • Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terus menerima BKM RM600 serta RM350, bergantung kepada had pendapatan tertentu.
  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000, meningkat RM500.
  • Lebih 450,000 isi rumah layak menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Nasib golongan susah diberi keutamaan khusus dengan peruntukan RM2.5 bilion pada 2023.

Keselamatan

  • RM431 juta untuk mendapatkan aset baharu bagi polis.
  • RM42 juta untuk menaik taraf kuarters polis.
  • RM118 juta untuk penyelenggaraan rumah angkatan tentera.
  • RM28 juta untuk menaik taraf kuarters kakitangan penjara.
  • RM73 juta untuk meningkatkan keselamatan siber.
  • Kerajaan akan menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan.

Kesihatan

  • Geran RM11 juta untuk pemeriksaan mamogram dan kanser serviks.
  • RM20 juta untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan.
  • 1 bilion untuk Kementerian Kesihatan.
  • 9 bilion untuk penjagaan kesihatan awam.
  • RM420 juta untuk membaiki hospital dan klinik daif.
  • 8 bilion untuk membeli peralatan baharu bagi hospital dan klinik.
  • Kerajaan akan menubuhkan pusat kecemerlangan kesihatan mental.
  • RM10 juta untuk membeli mesin pencetak 3D bagi perkhidmatan kesihatan pergigian.
  • Peruntukan untuk merawat penyakit jarang jumpa meningkat kepada RM25 juta.
  • RM80 juta untuk program saringan kesihatan Perkeso.
  • RM15 juta untuk program Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Ekonomi

  • RM235 juta untuk menyokong pembangunan usahawan wanita.
  • RM50 juta untuk skim peniaga muda di bawah Bank Simpanan Nasional.
  • Pengurangan cukai pendapatan 2% untuk pengusaha PKS mikro.
  • Pemberian ‘one-off’ RM1 bilion kepada semua PMKS dan pemandu teksi berdaftar yang akan memanfaatkan sejuta penerima.
  • RM45 bilion dana Semarak Niaga untuk usahawan.
  • RM10 bilion dana daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk aktiviti automasi dan pendigitalan PKS.
  • RM200 juta untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil.
  • GLC dan GLIC akan melabur sehingga RM50 bilion pada 2023.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur RM45 bilion dalam pasaran domestik.
  • Kerajaan akan memberi insentif kepada syarikat multinasional untuk beroperasi di Malaysia.
  • RM100 juta untuk menyokong pembangunan syarikat teknologi tempatan.
  • Geran padanan sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk membantu PKS.
  • RM800 juta diperuntukkan untuk kredit e-wallet sebanyak RM100 kepada 8 juta individu M40.

Perkhidmatan awam

  • Subsidi RM100 untuk penjawat awam bagi perlindungan insurans.
  • Kenaikan gaji RM100 untuk semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
  • Bantuan khas ‘one-off’ RM700 untuk 1.3 juta penjawat awam di bawah Gred 56.
  • Bantuan ‘one-off’ RM350 untuk sejuta pesara kerajaan.
  • Bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam dinaikkan kepada RM600.
  • Cuti khas untuk lebih 500,000 guru.

Pendidikan tinggi

  • 1 bilion diperuntukkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi.
  • 8 bilion untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.
  • 6 bilion untuk pinjaman pendidikan Bumiputera.
  • 7 bilion untuk latihan dan pendidikan TVET.
  • RM180 juta untuk membiayai latihan TVET yang akan memanfaatkan 13,000 pelatih.
  • Diskaun sehingga 20% untuk pembayaran balik PTPTN dari 1 Nov hingga 30 April 2023.

Alam sekitar

  • RM15 bilion untuk inisiatif tebatan banjir.
  • RM2 bilion untuk membina kolam takungan.
  • RM500 juta untuk melebarkan sungai di Kelantan.
  • Geran RM20 juta untuk pertubuhan prihatin masyarakat bagi membantu bencana alam.
  • RM3 bilion untuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS).
  • RM150 juta daripada Khazanah Nasional Berhad untuk menyokong pembangunan projek hijau.
  • RM165 juta untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memasang panel solar di atas bumbung dan stesen pengecas EV.
  • Cukai karbon akan diperkenalkan.
  • 100 juta pokok akan ditanam menjelang 2025.
  • Kerajaan akan meningkatkan projek restorasi hutan.
  • RM100 juta untuk pemindahan fiskal ekologi (EFT).
  • RM36 juta untuk menyokong program perlindungan gajah dan spesies terancam lain.
  • RM216 juta untuk membersihkan sungai di seluruh negara.

Menyediakan pekerjaan dan sokongan komuniti

  • Program MyStep akan menawarkan 50,000 pekerjaan, termasuk 15,000 dalam sektor awam dan 35,000 melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
  • RM750 juta untuk meningkatkan kemahiran lebih 800,000 pekerja.
  • RM100 juta untuk Mitra membangunkan usahawan.
  • Perkeso akan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil OKU, Orang Asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja. Insentif sehingga RM750 sebulan akan diberikan selama tiga bulan bagi setiap pekerja.
  • Perkeso akan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil belia menganggur.
  • RM50 juta untuk meningkatkan pemilikan hartanah komersial Bumiputera.
  • RM20 juta untuk menubuhkan pusat transformasi bandar (UTC) baharu.
  • RM11 juta untuk inisiatif bank bergerak.
  • RM63 juta untuk pembangunan modal insan.

Sabah dan Sarawak

  • 2 bilion untuk menambah baik infrastruktur sekolah daif di Sabah dan Sarawak.
  • Subsidi RM209 juta untuk perjalanan udara ke kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
  • 7 bilion buat Sabah dan Sarawak.
  • 5 bilion untuk menambah baik infrastruktur pengangkutan di Sabah dan Sarawak.
  • RM100 juta untuk menambah baik sistem bekalan air di Sarawak.
  • RM250 juta untuk pembesaran Pelabuhan Teluk Sepanggar.

Cukai

  • Cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak 2% bagi mereka yang berpendapatan RM50,001 hingga RM100,000. Ini akan memanfaatkan lebih sejuta individu M40.
  • Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran taska dan tadika.
  • Insentif cukai untuk menarik pelabur.
  • Kerajaan mengulangi pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) untuk meluaskan asas cukai.
  • Insentif cukai untuk syarikat farmaseutikal tempatan dilanjutkan.
  • Insentif cukai dan RM50 juta untuk menyokong pembangunan komponen aeroangkasa.
  • Kerajaan akan menyediakan insentif khas untuk pelabur dalam industri kimia dan petrokimia.
  • Pengecualian duti import dan cukai jualan untuk pembelian peralatan filem.
  • Insentif cukai untuk NGO terlibat dalam sukan di peringkat akar umbi.
  • Insentif cukai untuk inisiatif hijau dilanjut sehingga 31 Dis 2025.
  • Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk pengeluar alat ganti pengecas EV.
  • Potongan cukai tambahan untuk majikan yang mengambil bekas penghuni institusi juvana.
  • Kerajaan akan memperkenalkan cukai tambah nilai minimum domestik yang layak.

Pelancongan

  • RM200 juta untuk menggalakkan pemulihan pelancongan.
  • Geran RM90 juta untuk mempromosikan aktiviti pelancongan.
  • Penerbangan sewa baharu ke dan dari Asia Timur serta Timur Tengah.
  • RM10 juta untuk mempromosikan ekopelancongan.
  • Insentif RM25 juta untuk mempromosikan pelancongan domestik.
  • RM500 juta pembiayaan pelancongan daripada BNM.
  • RM10 juta untuk inisiatif ThinkCity di Kuala Lumpur.

Seni dan budaya

  • RM50 juta untuk menyokong industri filem tempatan.
  • RM102 juta untuk menyokong artis tempatan.
  • RM5 juta untuk memperkasakan program bahasa kebangsaan.
  • RM10 juta untuk memelihara bahasa dan budaya tempatan.

Komoditi

  • Subsidi RM200 juta untuk kos logistik pengagihan barang keperluan.
  • Kerajaan akan mengadakan jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barang keperluan pada harga yang lebih berpatutan.
  • Kerajaan akan meneruskan langkah membanteras perdagangan rokok haram.
  • Geran padanan RM20 juta untuk menyokong pembangunan produk tempatan.
  • RM10 juta untuk menyokong kempen buatan Malaysia.
  • RM92 juta untuk pembangunan industri halal.
  • Yuran permit diluluskan untuk mengimport EV dilanjutkan hingga 31 Dis 2023.

Pertanian

  • Subsidi RM1.8 bilion untuk petani dan nelayan.
  • Bantuan RM228 juta untuk penanam padi yang akan memanfaatkan 240,000 pesawah.
  • Kerajaan akan memperkenalkan skim perlindungan pertanian.
  • RM1 bilion untuk membiayai program agromakanan.
  • RM56 juta untuk menyokong pertanian lestari.
  • RM315 juta untuk program penanaman getah.
  • RM40 juta untuk menggalakkan pekebun kecil mempelbagaikan tanaman mereka.
  • RM70 juta untuk menyokong program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
  • Kerajaan akan menyokong inisiatif automasi dalam sektor perladangan.

Pertahanan

  • 4 bilion untuk Kementerian Pertahanan, termasuk RM4 bilion untuk pembelian aset tentera baharu.
  • RM485 juta untuk penyelenggaraan semua kapal dan bot Maritim Malaysia.
  • RM330 juta untuk infrastruktur EV.

Pengangkutan

  • RM180 juta untuk menambah baik perkhidmatan bas di Melaka, Kedah, Kota Kinabalu dan Kuching.
  • Lanjutan pas bulanan My50 RapidKL yang akan memanfaatkan 180,000 pengguna.
  • 5 bilion untuk projek infrastruktur pengangkutan utama.
  • 2 bilion untuk projek MRT3.

Perumahan

  • Diskaun duti setem sehingga 75% untuk rumah bernilai RM500,000 hingga RM1 juta.
  • Duti setem RM10 untuk pemindahan hartanah antara ahli keluarga.
  • RM367 juta untuk membina projek perumahan rakyat (PPR) yang akan memanfaatkan 12,400 penghuni baharu.
  • RM3 bilion untuk jaminan kredit perumahan.
  • Subsidi bil elektrik RM40 dilanjutkan.

Ketersambungan digital

  • RM25 juta untuk pembangunan hab digital dan pusat data alternatif.
  • RM8 bilion untuk projek Jendela Fasa 2.
  • 3 bilion untuk Digital Nasional Berhad (DNB) meningkatkan liputan internet 5G di seluruh negara.

Belia dan sukan

  • Pinjaman RM305 juta untuk belia memulakan perniagaan.
  • Kerajaan akan memperkenalkan pakej internet khas RM30 untuk belia selama tiga bulan.
  • RM400 juta untuk meneruskan skim e-Pemula yang akan memanfaatkan dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.
  • Kerajaan akan menanggung kos lesen e-panggilan, teksi dan motosikal bagi belia.
  • RM145 juta untuk menambah baik infrastruktur sukan di seluruh negara.
  • RM154 juta untuk membangunkan ekosistem sukan tempatan.
  • RM20 juta untuk membangunkan litar drag.
  • RM13 juta untuk membangunkan e-sukan.
  • RM12 juta untuk menyokong atlet OKU.

Masyarakat luar bandar

  • RM305 juta untuk masyarakat Orang Asli.
  • 6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda.
  • RM472 juta untuk menambah baik infrastruktur elektrik luar bandar.
  • RM54 juta untuk membina 85 jambatan baharu di kawasan luar bandar.

Pengurusan bencana

  • Bantuan monsun berjumlah RM256 juta.
  • Lebih 400 juta peruntukan untuk Nadma.

Wanita dan kanak-kanak

  • RM50 juta untuk menyokong pembangunan kontraktor wanita.
  • RM120 juta untuk program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang akan memanfaatkan 200,000 suri rumah.
  • RM188 juta untuk menubuhkan 10 pusat asuhan Kemas.

Lain-lain

  • 5 bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
  • RM150 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan pendidikan di bawah Jakim.
  • RM364 juta untuk R&D bagi pendidikan tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
  • Caruman KWSP sukarela dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.
  • Geran RM21 juta untuk pengusaha rumah kebajikan.
  • RM30 juta untuk menambah baik program I-Saraan yang akan memanfaatkan 100,000 orang.
  • Semua individu bekerja sendiri perlu mencarum Perkeso mulai tahun depan.
  • Had untuk simpanan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000.
  • Kerajaan akan menyediakan insentif untuk menubuhkan lebih banyak pusat jagaan OKU.
  • RM1 bilion untuk industri maritim dan logistik.
  • Kerajaan akan memperkenalkan e-invois, seperti inisiatif di Perancis dan Brazil.
  • RM80 juta untuk program PEKA B40.
  • RM734 juta untuk program MySalam yang akan memanfaatkan 1.5 juta individu B40.
  • Petronas akan menyumbang RM2 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).
  • Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang kredit pengguna pada suku kedua 2023.

 

TEKS UCAPAN BAJET 2023

Comment