Akur tuntutan Kerajaan GRS-BN Hibiscus Petroleum bayar tunggakan cukai RM85.7 juta
09:10 Oct 09, 2022  |  By SabahKini2
Akur tuntutan Kerajaan GRS-BN Hibiscus Petroleum bayar tunggakan cukai RM85.7 juta

Dua syarikat Hibiscus Petroleum Berhad sebelum ini liat membayar Cukai Jualan Negeri (SST). Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang bakal batal permit kerja dan menyerbu pelantar minyak Hibiscus. Kini Hibiscus bayar RM85.7 juta

Hibiscus Petroleum kroni Mahathir yang sebelum ini berdegil enggan membayar tunggakan cukai Jualan Negeri (SST) kerana mendakwa mereka beroperasi di luar wilayah Persekutuan Labuan, dilaporkan telah pun membayar cukai berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun Sabah mengesahkan Syarikat Hibiscus Petroleum telahpun membayar cukai tertunggak RM85.7 juta berkenaan.

“Mereka telah membayar kepada kerajaan negeri,” katanya

Syarikat Hibiscus Petroleum Bhd melalui anak syarikatnya REPSOL Oil & Gas M Ltd (RML) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) sebelum ini tidak mahu membayar Cukai Jualan Negeri (SST) produk petroleum kepada Kerajaan Negeri Sabah atas alasan mereka tidak tertakluk kepada cukai jualan negeri Sabah kerana ia menjual minyak mentahnya di Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT) yang berada di luar bidang kuasa dan kedaulatan Sabah.

Kerajaan negeri sebelum ini berkata mereka akan meneruskan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988 terhadap dua syarikat minyak dan gas milik Hibiscus itu termasuk membatalkan permit kerja dan membuat serbuan ke pelantar minyak

ARTIKEL BERKAITAN - DUN Sabah: Permit kerja 2 syarikat minyak gas milik Hibiscus dibatalkan jika gagal bayar CJN

ARTIKEL BERKAITAN - Tidak bayar Cukai Jualan Negeri, Imigresen Sabah serbu pelantar Hibiscus Petroleum Berhad

 Tidak bayar Cukai Jualan Negeri, Imigresen Sabah serbu pelantar Hibiscus Petroleum Berhad

2 Comments