Perdana Menteri umum bubar parlimen esok?
22:10 Oct 09, 2022  |  By SabahKini2
Perdana Menteri umum bubar parlimen esok?

PM Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini untuk mendapatkan perkenan baginda bagi membubarkan parlimen. Ia mungkin diumumkan esok.

NST, Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini untuk mendapatkan perkenan baginda bagi membubarkan parlimen.

NST memetik sumber sebagai berkata bahawa parlimen mungkin dibubarkan seawal esok. Namun sumber lain mendedahkan mungkin akan diumumkan selasa

Majlis menghadap itu dilaporkan diadakan sehari sebelum Seri Paduka mengadakan lawatan khas ke London selama enam hari bermula esok.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno juga dilaporkan akan bermesyuarat malam esok.

Terdahulu, perdana menteri dan Seri Paduka menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Seri Paduka menitahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan menyeluruh bagi menghadapi risiko banjir susulan Monsun Timur Laut.

Pada Jumaat lalu baginda dilaporkan telah diberikan taklimat mengenai keadaan monsun dan banjir akhir tahun.

Pilihanraya pada bulan November dan Disember bukanlah isu baru dan pernah berlaku sebelum ini.

Pakatan Harapan dan PN tidak mahu PRU diadakan tahun ini atas alasan banjir sekalipun PH setiap hari memburukkan kerajaan sebagai kerajaan gagal namun tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap mereka.

Bukan kali pertama juga Yang Dipertuan Agong memberi kejutan kerana sebelum ini ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin PM PN memohon perkenan Darurat namun akhirnya diluluskan.

 

Comment