GRS kekal guna logo GRS walaupun Muhyiddin dua kali turun ke Sabah desak guna logo PN
14:10 Oct 12, 2022  |  By SabahKini2
GRS kekal guna logo GRS walaupun Muhyiddin dua kali turun ke Sabah desak guna logo PN

Muhyiddin kekal dimalukan apabila BERSATU Sabah kekal membuat keputusan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

KOTA KINABALU: Bulan ini kali kedua Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah memujuk kepimpinan BERSATU Sabah mengunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Namun Muhyiddin kekal dimalukan apabila BERSATU Sabah kekal membuat keputusan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ia sebagaimana ketetapan anggota komponen GRS yang juga Naib Presiden PN Datuk Dr Jefffrey Kitingan dan Yong Teck Lee menggunakan logo GRS.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada pilihan selepas perkara dicapai secara persefahaman bersama kepimpinan BERSATU Sabah yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Muhyiddin dilaporkan membuat perjanjian dengan Bersatu Sabah dan GRS agar kemenangan GRS dikira sebagai kemenangan PN. Inilah keutamaan Muhyiddin sekarang yang menjadi kebimbangannya.

Pujukan kali pertama lebih keras di mana Muhyiddin mahu GRS mengkhianati BN selepas PRU ke 15 nanti.

“Pada umumnya saya berpuas hati bahawa di Sabah sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi PRU. 

“Tapi calon kita akan bertanding atas nama GRS, mereka pakai logo GRS dan kemenangan mereka adalah sebahagian dari Perikatan Nasional (PN).  Itu persetujuan yang telah kita capai, jadi tiada isu dan masalah kepada soal itu,” katanya.

Namun GRS bukanlah bodoh kerana keutamaan GRS ialah menenangkan Parti induknya BERSATU dari terus membuat tekanan kepada BERSATU Sabah maka mereka bersetuju setakat mana yang ada untuk menerima saranan Muhyiddin. Keutamaan GRS ialah menang dulu ‘Malaya’ kemudian.

Hadir sama Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Umum tahu BERSATU sekarang sedang bergolak. Hamzah Zainuddin dikatakan menggerakkan pasukan untuk menyingkirkan Muhyiddin. Dalam mesyuarat BERSATU baru-baru ini Muhyiddin menyelar sikap Hamzah yang tidak sabar menyingkirkannya.

Perjumpaan Muhyiddin ke Sabah sebahagian darinya kerana sumber memaklumkan GSR dan BERSATU Sabah lebih memihak kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang disokong oleh Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Naib Presiden paling kanan.

Muhyiddin terpaksa akur kepada hujah GRS untuk menggunakan Logo GRS demi keutamaan rakyat Sabah

“Tetapi apa yang penting adalah memberi keuntungan dan faedah kepada rakyat Sabah manakala tentang soal jentera parti, manifesto mungkin perlu disediakan diperingkat nasional namun kita juga akan ambil kira soal kedudukan di Sabah,” katanya.

Pendek kata Muhyiddin sebenarnya dimalukan oleh BERSATU dan GRS untuk desakan guna logo PN. Gagal maka Muhyiddin mengambil pelan kedua iaitu menerima kehendak GRS namun mensyaratkan kerusi GRS sebagai kerusi PN.

Muhyiddin bimbang dengan BN-UMNO maka dia tiada pilihan melainkan berulang kali turun ke Sabah untuk memujuk Sabah.

2 Comments