Netizen kecam DAP kejar kuasa hina Agong lagi, Rahman kata Charles DAP terdesak!
11:10 Oct 13, 2022  |  By SabahKini2
Netizen kecam DAP kejar kuasa hina Agong lagi, Rahman  kata Charles DAP terdesak!

Sebelum berkuasa, dapat kuasa 22 bulan DAP hina Agong dan Raja-raja Melayu. Kini pemimpin DAP buat lagi hina Agong dengan saman kerajaan kerana bubarkan parlimen. Belum berkuasa lagi. Bayangkan lepas ni apa lagi DAP buat. Bubar adalah kuasa prerogatif PM

Nampaknya belum puas DAP PH menghina Raja-raja Melayu Ketika 22 bulan berkuasa menjadi kerajaan dulu, kini belum pun menjadi kerajaan semula Penyandang Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, menfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri 10 Oktober lalu.

Netizen mengecam tindakan Ahli Parlimen DAP ini!

Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU).

Berdasarkan salinan saman pemula yang difailkan Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Peruntukan Perkara 40(1) pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Manakala (1A) adalah sewaktu menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Charles juga menuntut satu deklarasi bahawa permintaan Defendan Pertama kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober 2022 untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat, atau berdasarkan kuasa am, Jemaah Menteri dan oleh itu terbatal dan tidak sah.

Beliau juga menuntut satu deklarasi bahawa pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober 2022 seperti yang dimaklumkan melalui P.U.(A) 320 tidak mengikut Perkara 55(2) dibaca bersama Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Justeru, Charles menuntut satu deklarasi bahawa defendan ketiga iaitu SPR, tidak mempunyai asas undang-undang untuk mengambil apa-apa langkah mengadakan PRU termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran mana-mana writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 dan pengeluaran sebarang notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

 

Halang Kerajaan dan SPR

Beliau juga memohon suatu perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk menghalang defendan ketiga dan ejen, pengkhidmat dan/atau pekerjanya daripada mengambil sebarang langkah untuk mengadakan PRU berdasarkan kepada pembubaran itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran sebarang writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 pengeluaran mana-mana notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan/atau daripada memberi kesan kepada mana-mana writ atau notis sedemikian jika dikeluarkan.

Beliau turut menyertakan afidavit sokongan yang antara lain menyatakan antara fakta menyokong saman pemula berkenaan termasuk banjir yang melanda pada Disember 2021 serta bantahan parti-parti yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dalam situasi ketika ini.

Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.


PH - DAP terdesak, hina YDPA

Susulan Tindakan biadap pemimpin DAP Charles Santiago, menghalang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) melalui saman itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkannya sebagai tindakan terdesak.

Menurut Rahman Tindakan saman untuk menghalang langkah memulangkan mandat kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan yang stabil dengan majoriti yang kuat itu juga bersifat menghina.

Katanya, walaupun pemimpin DAP itu tidak berani untuk turut menamakan Yang di-Pertuan Agong dalam saman pemulanya, baginda Tuanku juga secara tidak langsung menjadi responden dalam tindakan beliau.

"Tindakan Charles ini sebenarnya turut menghina Tuanku sebab ia mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memberi perkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang meramal negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.

"Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan Perdana Menteri supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan.

"Ia adalah prerogatif Perdana Menteri dan tidak memerlukan kelulusan semua menteri Kabinet," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya

 

 

 

 

 

 

3 Comments