Mossad upah Nidarahayu penyiasat persendirian Pro PH culik aktivis Palestin
01:10 Oct 19, 2022  |  By SabahKini2
Mossad upah Nidarahayu penyiasat persendirian Pro PH culik aktivis Palestin

Mossad merekrut Melayu Pakatan Harapan? Nidarahayu Zainal Penyiasat Persendirian di syarikat Asas Kukuh Security Service (M) Sdn Bhd bersama suami dan 10 lagi ahli kumpulan penculik didakwa di mahkamah kerana menculik seorang lelaki warga Palestin.

Pasukan perisik Israel, Mossad merekrut tentera upahan Malaysia bagi melaksanakan operasi rahsia menculik seorang lelaki warga Palestin di Kuala Lumpur bulan lalu, menimbulkan persoalan mengenai pengaruh jaringan keselamatan rejim Zionis  dalam menghentikan musuhnya di seluruh dunia.

 

The New Straits Times melaporkan sekumpulan rakyat Malaysia ditugaskan untuk menculik seorang pereka program komputer Palestin yang dipercayai oleh Israel bekerja untuk Hamas.

Bagaimanapun, operasi itu menemui kegagalan selepas mendapati mereka mungkin telah tersalah orang ketika menculik individu warga Palestin, satu daripada kecuaian yang dilakukan oleh kumpulan yang diupah itu.

"Operasi culik dan bawa lari itu mungkin mengalami masalah komunikasi dengan pengendali mereka dari Israel, dan ahli kumpulan warga Malaysia yang lain menunggu di chalet kerana mereka sudah gagal dan membiarkan warga Palestin yang lain terlepas... padahal, individu itu akan menjadi mangsa tangkapan yang berharga," kata laporan itu.

Kumpulan tersebut juga menahan dua lelaki Palestin berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Yap Kwan Seng, sebelum menyerang salah seorang daripada mereka, Omar ZM Albelbaisy Raeda yang berusia 31 tahun.

Penculik upahan itu kemudian membawa Omar dan memberi amaran kepada rakannya supaya tidak masuk campur. 

Bagaimanapun, identiti rakan mangsa tersebut tidak didedahkan. Polis turut mengesahkan kumpulan ini yang terlibat dengan kes penculikan warga asing.

 

Polis berjaya menjejaki mangsa di sebuah chalet di Kuala Langat, Selangor, di mana penculik menjalankan sesi penyiksaan dan soal siasat terhadap tawanan mereka, sambil menerima arahan daripada pengendali mereka dari Israel melalui panggilan video, menurut akhbar harian itu.

Polis menyerbu chalet berkenaan ketika soal siasat sedang dijalankan dan menahan lebih 10 lelaki yang dipercayai diupah oleh Mossad.

Upahan Mossad

Minggu lalu, 11 orang didakwa menculik Omar, di mana mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Mereka adalah Edy Ko'im Said, Mohamad Norakmal Hassan, Dody Junaidi, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, Mohamad Naziree Mustapha, Faizull Hardey Mohd Isa, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, Mohamad Sufian Saly, Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, Raibafie Amdan and Nidarahayu Zainal.

Insiden terbaru itu mengingatkan serangan 2018 ke atas seorang aktivis Palestin terkenal, Fadi al-Batsh, yang ditembak mati di Kuala Lumpur oleh dua penyerang yang dipercayai agen Mossad.

Israel kerap melakukan operasi ketenteraan rahsia terhadap rakyat Palestin di luar negara. Dan kini melibatkan orang Melayu Pakatan Harapan.

 

Siapa Nidarahayu Zainal ketua Pasukan perisik Israel dilatih Mossad?

Semakan menunjukkan Nidarahayu Zainal merupakan seorang penyokong tegar PKR atau Pakatan Harapan. Suaminya adalah Raibafie Amdan juga dalam senarai ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Daripada gambar-gambar di media sosial jelas sokongannya kepada PH selain sering keluar negara menginap di kondo mewah. Bercuti ataupun berkursus. Malah setiap tahun ke Milan Itali ditaja oleh pihak tertentu.


Milan Itali setiap tahun perkara biasa. Siapa penaja?


Sering hadir dalam  kursus melalui Etancy Consultant Group bagi penulisan laporan penyiasatan. Selain latihan di Beirut Lebanon dan lain-lain.

Beliau juga dilaporkan bertugas di syarikat keselamatan, Asas Kukuh Security Service (M) Sdn Bhd sebagai Private Investigator.

Apa hubungan Nidarahayu Zainal dengan Etancy Consultant Group mungkin boleh didedahkan lagi termasuk syarikat Asas Kukuh Security Service (M) Sdn Bhd yang di Pengerusikan oleh Mej Jen Dato' Ahmad Tarmizi Elias dan barisan pengarahnya ialah Abu Bakar Husin, Yogeshwaran A/L Ulaganathan dan Subashini A/P M Baskaran.

Apakah syarikat Asas Kukuh Security Service (M) Sdn Bhd juga terlibat?

Dakwaan Pasukan perisik Israel, Mossad merekrut tentera upahan Malaysia merupakan tuduhan berat kerana ia melibatkan aspek keselamatan negara. Bagaimana Nidarahayu Zainal dan suami terlibat insiden penculikan ini tidaklah menghairankan jika melihat dari latar belakang pekerjaan dalam syarikat keselamatan syarikat Asas Kukuh Security Service (M) Sdn Bhd. 

Tidak mustahil juga jika pendokong PH- PKR terlibat sebagai agen Israel ini kerana sikap mereka yang memang mahu menjatuhkan kerajaan. 

 

24 Comments