Kerajaan Sabah digesa siasat 3 kilang minyak masak dilancar Warisan rugi RM15.2 juta!
18:10 Oct 19, 2022  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah digesa siasat 3 kilang minyak masak dilancar Warisan rugi RM15.2 juta!

3 Syarikat kilang minyak masak iaitu BESS, GOLD dan ONSOI direkodkan rugi jumlah terkumpul RM15.2 juta sejak ia dilancarkan. Hanya Syarikat kroni Intipati Minyak Sdn Bhd JV Sawit Kinabalu Sdn Bhd, jenama GOLD ditamatkan kerana melanggar kontrak.

Pemimpin Warisan dan ‘pencacainya’ sangat berbangga dengan produk minyak Sawit yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Warisan sebelum ini. Minyak Sawit itu ialah minyak masak BESS, GOLD dan ONSOI.

Ketiga-tiga kilang masak ini adalah milik anak syarikat kerajaan negeri juga kerjasama dengan syarikat tempatan.

Warisan menuduh kilang minyak masak itu ditutup di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Wal hal semua produk atau projek bawah syarikat kerajaan negeri tidak pernah ditamatkan di zaman GRS selagi ia bagus untuk rakyat. GRS bukan Warisan yang sewenang-wenang membatalkan kontrak yang sekarang kesan peninggalan Warisan, Kerajaan GRS menanggung semua saman-saman syarikat lebih RM1.5 bilion.

Kerajaan Sabah rugi membayar penamatan kontrak seperti konsesi air, balak yang kini menelan belanja ratusan juta. Belum termasuk saman PPSB terhadap kerajaan dan SFI.

Benta Edible Oil Sdn Bhd - Minyak BESS

Pada Februari 2020, Shafie melancarkan produk kilang minyak masak BESS yang dimiliki oleh Benta Wawasan Sdn Bhd melalui anak syarikatnya Benta Edible Oil Sdn Bhd telah dilancar Tawau. Seperti biasa semua kroni dan proksi hadir majlis itu.

Sekalipun sejak ia dilancarkan hinggalah kini Benta Edible Oil Sdn Bhd tidak pernah untung melaksana projek ini. Sehingga Disember 2021 sekalipun pendapatan tahunannya mencecah  RM12.5 juta tetapi terus mengalami kerugian sekitar RM3.5 juta. Sejak bermula kilang minyak masak ini Benta Edible Oil Sdn Bhd rugi sekitar RM7.1 juta. Kerajaan Negeri terus menanggung kerugian syarikat ini.

Hari ini dilaporkan Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kerugian syarikat Benta Edible Oil Sdn Bhd kira-kira RM7 juta.

Katanya, kejayaan menghasilkan minyak masak jenama tempatan ini sepatutnya membanggakan setiap rakyat di negeri ini.

“Bagaimanapun kerugian yang dialami anak syarikat kerajaan itu amat memeranjatkan dan ia perlu disiasat oleh pihak sepatutnya seperti SPRM,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan pejabat SPRM Sabah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar 

 

Tetapi Kerajaan GRS tetap meneruskan apa yang dilakukan Kerajaan Warisan untuk mengimbangi keluaran minyak masak di Sabah sekalipun berhadapan dengan harga minyak masak yang mahal serta kos pengeluaran yang tinggi.

Sebenarnya pendedahan Datuk Zulkarnain Mahdar itu hanya satu bagaimana dengan dua lagi syarikat kilang minyak Sabah itu?


Sawit Kinabalu Sdn Bhd  JV Syarikat Intipati Minyak Sdn Bhd - GOLD

Begitu juga kilang minyak masak GOLD yang diusahasama (joint venture) oleh Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Syarikat Intipati Minyak  Sdn Bhd telah dilancar di Sandakan.

Projek milik Sawit Kinabalu Sdn Bhd tetapi konsesi diberi kepada Syarikat Intipati Minyak Sdn Bhd

Syarikat Intipati Minyak Sdn Bhd dikatakan ada kaitan dengan pimpinan DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung. Semakan menunjukkan  Syarikat Intipati Minyak Sdn Bhd sehingga kewangan berakhir Disember 2020 syarikat bermodal RM3 juta ini rugi RM2.2 juta berbanding ‘Revenue’ RM1.2 juta. Sejak memulakan kilang ini syarikat sudah rugi RM3.2 juta.

Kilang kroni! Apa Kilang ini mampu lakukan?

Terdapat isu pelanggaran kontrak antara Syarikat Intipati Minyak Sdn Bhd dengan Sawit Kinabalu Sdn Bhd menyebabkan kontrak syarikat itu ditamatkan. Syarikat ini didapati membuat beberapa penipuan termasuk cukai SST minyak sawit selain isu-isu syarikat yang memudaratkan syarikat Kerajaan Negeri.

Memandangkan syarikat ini hanya JV dengan Sawit Kinabalu Sdn Bhd maka adalah wajar Kerajaan Negeri menamatkannya berbanding dua jenama minyak masak lain iaitu ONSOI dan BESS milik sepenuhnya anak syarikat kerajaan negeri.

 

 

Chia Siew Yung dikatakan bekas Calon Bebas Parlimen Sandakan

 

 

Sabah Land Development Berhad- Sabaras Sdn Bhd - ONSOI

Pada bulan September 2020 satu lagi kilang minyak masak ONSOI dilancarkan milik Sabah Land Development Berhad melalui anak syarikatnya Sabaras Sdn Bhd.

Namun sekali lagi syarikat kilang minyak ONSOI ini juga mengalami kerugian. Semakan menunjukkan sehingga akhir 2021 Sabaras Sdn Bhd rugi RM4.8 juta sejak ia dimulakan atau untuk tahun 2021 kira-kira RM500 ribu sekalipun ‘Revenue’ syarikat RM7.2 juta.

Ini bermakna 3 projek kilang minyak Sawit Kerajaan Negeri rugi sejak dilancarkan. Sekalipun tujuannya memantapkan industri hiliran kelapa sawit di Sabah serta mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan namun ia tidak menunjukkan realiti sebenar industri itu ditangan anak syarikat kerajaan.

Ia juga tidak semudah kenyataan Shafie Apdal kilang minyak sawit Sabah itu boleh menstabilkan harga kerana harga kawalan bagi industri itu ditentukan kerajaan pusat selain kos pengeluaran dan harga komoditi itu di pasaran. Sebaliknya ketika kejatuhan harga komoditi itu dan kekurangan minyak tetap memberi kesan kepada Negeri Sabah.

Oleh itu apakah cara terbaik mengimbangi kerugian?

Kutipan Cukai Jualan Negeri (SST) Minyak Sawit

Rugi bagaimanapun kilang minyak masak itu kerajaan GRS masih mengekal pengeluaran jenama minyak ONSOI dan BESS sebaliknya GOLD yang merugikan kerajaan ditamatkan terlebih dahulu

Sebaliknya Kerajaan GRS fokus kepada mengutip cukai minyak petroleum dan minyak sawit. Sabah mengutip jumlah hasil terbesar RM5.44 bilion tahun 2021 sebahagian besarnya daripada hasil minyak petroleum dan minyak sawit.

Mac lalu eksport minyak sawit Malaysia berjumlah RM7.5 bilion dengan Sabah menjadi penyumbang terbesar iaitu  RM1.8 bilion (23.5 peratus) diikuti oleh Johor (RM1.7 bilion, 23.1 peratus) dan Sarawak (RM1.5 bilion, 20.3 peratus). 

Jika Sabah boleh mengutip Cukai Jualan Negeri (CJN) minyak sawit sekitar RM500 juta atau hampir RM1bilion setahun mengapa kita perlu bersusah payah untuk melakukan perniagaan yang merugikan. 

Sekalipun terbesar industri ini dikuasai oleh syarikat gergasi ‘Malaya’ seperti Wilmar International, QL Resources, Kuala Lumpur Kepong, IOI Corporation, BELL Group, Genting Plantation, Sime Darby, dan syarikat berkaitan kerajaan persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Lahad Datu

Hanya sebahagian kecil sekitar 20% hingga 30% daripada pekebun kecil.  Daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan (Tongod), Kalabakan, Semporna, dan Kunak menyumbang 65% daripada jumlah kawasan tanaman di Sabah dan 75% daripada hasil negeri.

Namun walaupun berbilion ringgit dijana daripadanya amat malang beberapa daerah di Sabah  sejak tahun 2019 seperti  Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan dikategorikan sebagai termiskin.

Oleh itu Kerajaan GRS mengejar  banyak syarikat gergasi dari ‘Malaya’ yang untung berjuta setiap tahun menipu dan enggan membayar SST kepada kerajaan negeri. Mereka menipu pendapatan dan kalau boleh tidak mahu membayar 5% Cukai Jualan Negeri yang dikuatkuasakan kerajaan.

Baru-baru ini sebuah syarikat berpengkalan di Subang Jaya Kilang Sawit Bell Sdn. Bhd (BELL Group) milik Puan Sri Dr Diana Low ditahan SPRM kerana membayar rasuah mengelak membayar Cukai Jualan minyak sawit kepada kerajaan negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah]

Ini lebih praktik Kerajaan GRS perlu mengutip semua cukai ini dan hasilnya perlu dikembalikan kepada daerah-daerah yang miskin ini di Sabah. Kerajaan GRS juga mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi mengatasi masalah berkaitan percukaian di Negeri Sabah dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan II berusaha keras untuk menyelesai kutipan cukai oleh syarikat-syarikat petroleum dan sawit sawit di negeri ini. Hasilnya sangat memberangsangkan banyak syarikat tampil ke depan membayar cukai tanpa menipu hasil pengeluaran mereka di Sabah.

Kerajaan Negeri tubuh Jawatankuasa Khas MOF Sabah dan LHDN benteras penyelewengan cukaiMasidi-ketegasan Menteri Kewangan II

 

6 Comments