Tommy Thomas salah guna kuasa lantik 23 peguam luar, dua Peguam Diraja Toby Landau, Luke Parsons
09:10 Oct 22, 2022  |  By SabahKini2
Tommy Thomas salah guna kuasa lantik 23 peguam luar, dua Peguam Diraja Toby Landau, Luke Parsons

Tommy lantik 23 peguam luar tak ikut prosedur kerajaan. Malah lantik dua peguam diraja peguam British Toby Landau dan Luke Parsons berpangkalan di Singapura dan Los Angeles.

Nampaknya Laporan pasukan petugas khas menyiasat buku memoir  Tommy Thomas mengkantoikan lagi tindakan Tommy dan Dr Mahathir PM 7 mencatur perundangan negara.

Tommy Thomas terbukti mengetepikan pegawainya sendiri semasa beliau menjadi peguam negara dengan melantik kira-kira 23 peguam luar untuk bertindak bagi pihak kerajaan tanpa mengikut prosedur kerajaan.

Laporan pasukan petugas khas berkata pelantikan begitu ramai peguam luar untuk mewakili kerajaan persekutuan “belum berlaku” dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia.

Ia menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak wajar dan sangat menimbulkan perbalahan, dengan menyatakan bahawa peguam luar dilantik untuk mengendalikan “kes berprofil tinggi yang membolehkan mereka mengakses dokumen dan maklumat yang sangat sulit”.

Antara yang dilantik oleh Thomas ialah peguam British Toby Landau dan Luke Parsons, yang kedua-duanya peguam Diraja, serta firma yang berpangkalan di Singapura dan Los Angeles.

Tommy Thomas dalam memoirnya menyebut bahawa peguam di Jabatan Peguam Negara (AGC) “tidak mempunyai komitmen, semangat dan dorongan yang sama” sebagai ahli Badan Peguam Malaysia.

Sebagai ketua jabatan itu, Thomas sepatutnya membuat cadangan untuk mengatasi pelbagai kelemahan, kata pasukan petugas itu bukan mengetepikan pegawainya, dengan berkata mereka tidak cekap dan tidak berpengalaman dan membuat pelantikan luar tidak mengikut prosedur yang mesti dipatuhi oleh ketua perkhidmatan perkhidmatan undang-undang.

Pasukan petugas itu turut mengkritik Thomas kerana tidak mengekalkan standard etika dan ketertiban yang diharapkan daripada seorang peguam negara, jawatan elit dalam kerajaan.

“Oleh itu, memoir seperti ini oleh bekas peguam negara, kebanyakannya mengandungi maklumat tanpa justifikasi dan bukti, adalah tidak sesuai,” kata pasukan petugas itu.

Betapa hipokritnya pejabat Peguam Negara dan Bar Council dari zaman Tommy Thomas hinggalah kini yang sebelum ini menentang pelantikan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw sebab peguam Najib yang kononnya tidak layak serta ramai peguam di negara ini namun kini rupanya di zaman PH peguam diraja seperti British Toby Landau dan Luke Parsons boleh dilantik sebagai Peguam di pejabat Peguam Negara.

Nampak tak bagaimana Tommy Thomas dan PH menjual badan perundangan di negara ini kerana kuasa Pakatan Harapan.

2 Comments