Richard Malanjum tidak layak Ketua Hakim Negara hanya alat Shafie Apdal guna kuasa di Sabah
14:10 Oct 22, 2022  |  By SabahKini2
Richard Malanjum tidak layak Ketua Hakim Negara hanya alat Shafie Apdal guna kuasa di Sabah

Petugas Khas mendedahkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tidak syor Richard Malanjum. Maksudnya tidak layak namun kerana kuasa politik Mahathir dan Tommy maka dilantik. Shafie menggunakan Richard untuk kekal berkuasa dan laksana projek IC di Sabah. Diber

Pakatan Harapan terbukti melacurkan jawatan Peguam Negara dan badan kehakiman apabila Pasukan petugas khas Tommy dalam siasatannya berkata Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak pun mencadangkan pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, Ahmad Maarop sebagai presiden Mahkamah Rayuan serta David Wong sebagai hakim besar Sabah dan Sarawak pada Julai 2018.

Tommy Thomas Peguam Negara ketika itu dan Perdana Menteri ke 7 Dr Mahathir Mohamad hanya bersetuju dengan pelantikan tiga individu terbabit, serta Zaharah Ibrahim sebagai hakim besar Malaya.

Peletakan jawatan Mohamed Raus Sharif sebagai ketua hakim negara dan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai presiden Mahkamah Rayuan pada Jun 2018 hanyalah formality sekalipun hakikatnya semua tu arahan penamatan tugasan.

Dalam laporan yang didedahkan kepada umum, pasukan petugas itu menegaskan JAC mengesyorkan pelantikan Azahar Mohamed, hakim besar Malaya ketika ini sebagai ketua hakim negara, bukannya Malanjum.

“Jika perdana menteri tidak bersetuju dengan pemilihan ini, beliau sepatutnya meminta lebih banyak nama untuk setiap jawatan kehakiman yang kosong. Tiada bukti ditemui pasukan petugas bahawa beliau sudah membuat permintaan sedemikian,” kata pasukan petugas itu.

“Sebaliknya, daripada laporan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, nama-nama yang dikemukakan oleh perdana menteri ketika menyampaikan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 122B adalah nama yang dibincang dan dipersetujui antara Dr Mahathir dan Tommy Thomas.”

Dr Mahathir nampaknya melanggar Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Wong sebagai hakim besar Sabah dan Sarawak kerana gagal berunding dengan ketua menteri Sabah serta Sarawak terlebih dahulu seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, ini ialah “pelanggaran ketara” apabila ketua menteri Sabah dan Sarawak ketika itu mengesahkan mereka dirujuk berhubung pelantikan Abang Iskandar Hashim ke jawatan sama pada 2019.

“Kegagalan berunding dengan dua ketua menteri berhubung pelantikan Wong sebagai hakim besar Sabah dan Sarawak adalah pelanggaran Perlembagaan, di mana jelas Thomas sebagai peguam negara ketika itu tidak menasihati perdana menteri untuk mematuhinya.”

Adalah jelas dakwaan Tommy Thomas bahawa Dr Mahathir mempengaruhi semua pelantikan hakim dan menunjukkan betapa Peguam Negara lantikan PH itu berkuasa mempengarungi pelantikan hakim.

 

Lantik Tan Sri Richard Malanjum ketika sedang bercuti

Julai 2018 Tun Hamid bekas Ketua Hakim Negara menulis pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara sebagai sesuatu yang pelik. Tun Md Raus Sharif mengemukakan surat peletakan jawatannya berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018 namun ketika beliau bercuti  pada 11 Julai 2018 jam 9.30 malam Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara (KHN).Tommas, PH dan Dr Mahathir nampaknya terlalu cepat mahu membuang  Tun Md Raus Sharif.

Tan Sri Richard Malanjum Ketua Hakim Negara sesuatu yang pelik- Tun Hamid

Kepentingan lantik Richard Malanjum

Umum juga tahu Shafie Apdal Presiden Warisan dan Bekas Ketua Menteri Sabah itu pelobi kuat kepada Dr Mahathir agar memberi jawatan Ketua Hakim Negara kepada Tan Sri Richard Malanjum memandangkan kes perebutan Ketua Menteri Sabah antara Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman sedang berlangsung.

Lantaran itu bekas Tun Abdul Hamid Ketua Hakim Negara  dalam rencana Berita Harian menulis tentang jawatan Ketua Hakim Negara yang dipolitikkan termasuk pelantikan Richard yang punya kepentingan.

Tun Hamid menyindir, Richard mungkin seorang yang bias dengan memetik kenyataan Shafie Apdal dalam  laporan Malay Mail Online 12 Jun 2018. Tajuknya berbunyi: "Shafie mencabar Musa untuk mencabar kesahan jawatan KM Sabah ...." 

"Shafie berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan beliau (Shafie) diyakinkan bahawa pelantikannya (sebagai Ketua Menteri Sabah) adalah sah mengikut Perlembagaan."

Tun Hamid mempersoalkan mengapa Richard harus memberi nasihat undang-undang kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengetahui bahawa perkara itu mungkin berakhir di Mahkamah Persekutuan, di mana beliau (Richard) ialah seorang hakim? malah kini Ketua Hakim Negara.

Saman Musa dan Shafie Apdal bakal diputuskan itu akhirnya seperti dijangka dimenangi oleh Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- Apa perlunya Richard beri nasihat kepada Shafie Apdal tanya bekas Ketua Hakim Negara

 

Kempen Mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum turut turun membantu kempen Warisan mendaftarlan hampir 40,000 kes pendaftaran lewat di Sabah melalui penubuhan mahkamah bergerak yang dilancarkan sejak Mac 2007. 

Katanya “Jika kami tidak mengadakan program ini (mahkamah bergerak), anak-anak mereka (rakyat Malaysia) akan menjadi kanak-kanak tanpa negara.

“… dan ini amat mendukacitakan sebab mereka adalah rakyat Malaysia (hasil kahwin PTI) dan jika mereka pergi ke hospital, mereka perlu membayar seolah-olah mereka juga rakyat asing,” katanya mencerminkan usaha mempergiatkan usaha mahkamah bergerak di zaman kerajaan Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan

Kerajaan Warisan berjanji akan mengkaji kes pendaftaran lewat bagi mendapatkan sijil kelahiran kanak-kanak daripada perkahwinan campur, apabila ibu atau bapanya adalah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan Pendatang Asing (PTI)

Inilah antara sumbangan besar Tan Sri Richard bersekongkol dengan Kerajaan Warisan.

Kroni Yayasan Osimal

Ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020 Shafie Apdal meluluskan satu Yayasan baru untuk Tan Sri Richard Malanjum sebagai Pengerusi Yayasan Osimal yang mendapat dana dari kerajaan negeri dan sumbangan luar bagi membeli monopoli projek Rapid Test Kit dibeli dari Singapura sekalipun tanpa lesen khusus Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yayasan Osimal milik bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?


Dilaporkan Yayasan Osimal tempat ‘parking’ duit dicipta untuk Malanjum. Yayasan misteri ini ditubuh Mac 2020 bagi mengumpul wang pemberi sumbangan ketika pandemik Covid-19. Tan Sri Richard Malanjum sendiri mengakui Yayasan ini ditubuhkan di bawah Ordinan Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Cap 148) Negeri Sabah.

Isu Yayasan Osimal ini kecoh sekitar Mei dan Jun 2020 mengundang kemarahan sehingga Tan Sri Richard Malanjum mencabar Sabahkini2 media tampil didepannya untuk mendedahkan butiran Yayasan Osimal itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Yayasan Osimal milik bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?

[ARTIKEL BERKAITAN- Yayasan Osimal, Richard tiada lesen MDA KKM bekal Rapid Test Kit (RTK) di Sabah? ]

 

Bantu kempen Warisan PH PRN 2020

Bukan itu sahaja didapati Tan Sri Richard juga dilaporkan sebagai calon Warisan namun akhirnya membantu kempen Warisan-PH september 2020. Beliau kelihatan pada pelancaran jentera pilihan raya calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Selepas tidak lagi menjadi Ketua Hakim Richard mempersoalkan sama ada pihak yang mendakwa memperjuangkan hak-hak Sabah, benar-benar ikhlas atau sebaliknya termasuk isu MA63, royalti yang gagal dituntut Warisan ketika berkuasa 22 bulan.

Jelas Richard dari awal lagi memang Pro Shafie Apdal dan Warisan.

Ternyata hubungan Shafie Apdal dengan Tan Sri Richard Malanjum bukan sahaja sebelum pelantikan Ketua Hakim Negara tetapi lebih jelas selepas bersara. Sudah tentu dalang pelantikan Richard tidak bukan ialah Shafie Apdal yang mahu Dr Mahathir memilih Richard. 

5 Comments