Hajiji Ketua Menteri umum tanah SFI jadi rizab kampung dulu Warisan cuba gadai 5000 ekar kepada orang luar!
12:10 Oct 23, 2022  |  By SabahKini2
Hajiji Ketua Menteri umum tanah SFI jadi rizab kampung dulu Warisan cuba gadai 5000 ekar kepada orang luar!

Dulu Warisan sibuk berebut dengan syarikat PPSB sehingga kes saman berpanjangan hingga kini. Malah hampir 5000 ekar tanah SFI cuba digadai kepada pihak luar. Kini Kerajaan GRS berjaya ambil alih tanah SFI dan dipulangkan kepada rakyat.

Selepas Kerajaan Negeri memberi notis pengambilan semula tanah SFI awal September lalu dibawah seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah, Bab 69 kini Kerajaan GRS mengumumkan akan mengeluarkan sebahagian tanah dalam kawasan Sabah Forest Industries (SFI) untuk dijadikan sebagai rizab kampung untuk rakyat di daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara itu pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Tenom semalam.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kita akan mengeluarkan sebahagian tanah di kawasan SFI untuk menjadi rizab perkampungan.

“Ini juga adalah bagi memastikan rakyat kita yang tinggal di kawasan berkenaan mendapat kawasan perkampungan rasmi untuk anak cucu mereka,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Maximus Ongkili; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Penyelaras GRS Tenom, Datuk Rubin Balang

Dalam pada itu, Hajiji meminta rakyat Sabah agar menolak parti pembangkang khususnya Parti  Warisan dan pengikutnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

“Undilah calon GRS supaya kita dapat melakukan yang terbaik dalam perjuangan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah. Supaya aspirasi rakyat dapat kita tunaikan.

“Tunjukkan melalui undi bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan boleh bersatu dalam GRS. Rakyat mesti menyokong dan mengundi calon-calon GRS, agar kita dapat menang dengan cemerlang dalam PRU-15,” katanya.

 

Isu SFI

Kemelut isu SFI berpanjangan sejak tahun 2019 selepas Kerajaan Warisan bersekongkol dengan syarikat receiver Grant Thornton Malaysia GTC menyingkirkan syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd (Tan Sri Syed Moktar Bukhari) dari memiliki SFI menyebabkan PPSB menyaman Kerajaan Warisan dan GTC.

Saman itu menyebabkan kes semakin panjang dan pembayaran gaji SFI tidak dapat dibayar. GTC yang mengurus SFI pula mencuri hasil balak SFI tetapi tidak membayar gaji pekerja. Kemelut ini akhirnya terjawab apabila Dato’ Nendrakumar pengasas GTC Malaysia didakwa pecah amanah RM2.38 juta wang deposit yang dibayar PPSB sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tertangkapnya Narendrakumar bukti Warisan, Grant Thornton punca SFI melingkup tidak bayar gaji pekerja!

 

Tanah SFI cuba digadai Warisan tahun 2019

Oktober tahun 2019 kecoh tular surat daripada Shafie dan kerajaan Warisan apabila tanah seluas 5000 ekar cuba diambil oleh orang luar Sipitang bagi tujuan pertanian di Kg Long Mio Sipitang yang mencetuskan kemarahan warga Sipitang.

Bagaimanapun selepas tular permohonan tanah itu dibatalkan malah Datuk Dr. Yusof Yacob Adun Sindumin menafikan terlibat dengan projek membolot tanah ini.

[ARTIKEL LAIN :  SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang ]

SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang

 

 

Kerajaan ambil alih tanah SFI

Pengambilan tanah oleh kerajaan baru-baru ini dan pengumuman Hajiji Ketua Menteri Sabah sudah tentu memberi nafas lega mengenai status tanah SFI untuk rakyat tempatan Sipitang.

Sebelum ini Liew Pengarah JTU memaklumkan bahawa kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diberikan kepada SFI, prosedur piawaian bagi kerajaan negeri adalah untuk memberikan notis kerajaan kepada SFI tentang pengambilan semula itu seterusnya memiliki dan mengawal tanah berkenaan.

Liew menjelaskan pekerja dan kakitangan am SFI yang masih tinggal di dalam premis di kawasan itu masih boleh kekal berada di sana dan akan diserap semula sebagai pekerja sekiranya mereka mahu, di bawah skim kerajaan negeri untuk pembangunan hutan balak yang mampan.

"Setelah penerbitan kedua Gazet di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah, Bab 69, pemilik-pemilik tanah yang terlibat atau pihak yang berkepentingan dimaklumkan dan diberikan notis mengenai pengambilan tanah itu.

"Struktur dan bangunan dalam tanah itu, bebas daripada sebarang bebanan diberikan hak kepada kerajaan dan akan dianggap telah diserahkan oleh pemilik sah atau pihak berkepentingan, justeru pemilikan kosong dianggap telah diberikan kepada kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan bulan September lalu.

Liew berkata isu mengenai gaji tertunggak pekerja juga akan ditangani dan diselesaikan dengan adil dan saksama dengan cara yang akan mencerminkan pekerja SFI yang berkemahiran dan sumbangan mereka kepada ekonomi negeri.

Kebenaran tinggal, tidak membayar bil elektrik dan boleh menggunakan kemudahan di SFI pun sudah kira baik sehingga penyelesaian gaji serta tawaran kerja dapat direalisasikan. Jadi tiada masalah pun tinggal sehingga semua itu selesai. 

Rakyat Sipitang wajar tahu apa yang berlaku sekarang kepada SFI semuanya kerana Warisan, GTC dan wang. Warisan tak perlu sembang menuding jari menyalahkan GRS semua pun punya kerana Warisan yang mahu syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing menguasai SFI walaupun perjanjian jual beli SFI sudah dimeterai oleh PPSB.

 

13 Comments