Sabah akan cadangkan calon yang berkaliber sebagai TPM – Hajiji
22:10 Oct 25, 2022  |  By SabahKini2
Sabah akan cadangkan calon yang berkaliber sebagai TPM – Hajiji

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dato Seri Hajiji berkata, Sabah akan cari yang betul-betul boleh tahan (calon pemimpin yang benar-benar layak sebagai TPM).

KOTA KINABALU: Sabah akan mengemukakan cadangan calon yang layak untuk jawatan timbalan perdana menteri, kata ketua menterinya, Dato Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata demikian susulan cadangan Barisan Nasional (BN) untuk melantik tiga timbalan perdana menteri (TPM) iaitu dari Sabah, Sarawan dan Semenanjung Malaysia sekiranya gabungan itu menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Kita akan cari yang betul-betul boleh tahan (calon pemimpin yang benar-benar layak sebagai TPM),” katanya.

Hajiji menambah, mempunyai seorang TPM dari Sabah memberi kebaikan kepada negeri itu dari segi pembangunan sosioekonomi.

Semalam, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika parti itu menang dominan pada PRU15.

Zahid dilaporkan berkata BN Sabah dan GPS boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob supaya cadangan berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS pada PRU15 ini.

Bagaimanapun, pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg memberi berharap jawatan TPM untuk negeri itu bukanlah satu bentuk hadiah.

“Apa yang kami perlukan adalah jawatan dengan kuasa tertentu bukan jawatan istiadat untuk menyambut tetamu kerajaan sahaja,” katanya.

2 Comments