Desakan Shafie Apdal, Ong Tee Keat bekas presiden MCA sertai Warisan tanding Parlimen Pandan
16:10 Oct 29, 2022  |  By SabahKini2
Desakan Shafie Apdal, Ong Tee Keat bekas presiden MCA sertai Warisan tanding Parlimen Pandan

Ong Tee Keat yang lama menyepi akhirnya menyertai Warisan atas desakan Shafie Apdal yang mahu dia bertanding di Parlimen Pandan. Bolehkah calon kitar semula menang?

Bekas presiden MCA, Ong Tee Keat akhirnya menyertai Warisan selepas berehat selama lima tahun daripada politik.

Beliau berkata kemunculannya kembali didorong kemelut politik negara sejak beberapa tahun kebelakangan dan dibuat atas desakan Presiden Warisan Shafie Apdal.

“Saya kembali sebagai ‘orang baharu’ yang banyak pengalaman,” katanya dalam temu bual bersama Sin Chew Daily.

Bercakap mengenai kemelut politik di negara ini sejak beberapa tahun lalu, Ong berkata beliau kecewa kerana beberapa ahli politik tidak mempunyai prinsip dan goyah dalam pendirian mereka.

Beliau juga kecewa kerana belanjawan persekutuan sejak pentadbiran Muhyiddin Yassin telah menjadi “tidak seimbang”.

Kekecewaan menjadi berganda adalah disebabkan perjanjian politik antara pembangkang dan kerajaan Ismail Sabri Yaakob, yang dilabelkannya sebagai “merugikan diri sendiri”.

“Adakah ini yang pengundi mahukan? Saya tidak fikir begitu,” katanya 

Ong berkata, jika diberi peluang, beliau ingin bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang pernah diwakilinya.

Beliau adalah Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 selepas berkhidmat empat penggal dari 1989 sebagai Ahli Parlimen Ampang Jaya, di mana Pandan kemudiannya dikeluarkan.

Beliau berkata banyak perubahan berlaku di kawasan Pandan sejak beliau meninggalkan kawasan itu, dengan penduduk memberitahunya tidak ada perayaan diadakan untuk memupuk perpaduan seperti yang pernah beliau anjurkan ketika menjadi Ahli Parlimen.

Ong pernah bersama MCA selama 28 tahun dan meletak jawatan pada 2017 kerana ingin menjadi “warganegara biasa”.

Beliau pernah menjadi menteri pengangkutan pada 2008 dan sebelum itu beliau pernah menjadi timbalan menteri belia dan sukan serta timbalan menteri pengajian tinggi.

Shafie Apdal nampaknya sebagaimana Mei 2018 berusaha keras membeli pemimpin-pemimpin Semenanjung menyertainya bertanding di Malaya.Bagaimanapun pencapaian Warisan di PRN Johor sangat buruk semua calonya hilang wang pertaruhan

 Namun daripada sumber-sumber di lapangan Ong Tee Kiat tak akan menang bertanding di Parlimen Pandan

8 Comments