Warisan letak 26 calon di Semenanjung
15:11 Nov 02, 2022  |  By SabahKini2
Warisan letak 26 calon di Semenanjung

Nampaknya Warisan akan bertanding 26 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Sabah 25 kerusi. Shafie turut membawa Ong Tee Kiat Bekas Presiden MCA sebagai calon Pandan

Warisan akan bertanding 26 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), termasuk meletakkan bekas presiden MCA yang telah lama keluar parti Ong Tee Keat di Parlimen Pandan kerusi tradisi MCA.

Selepas lima tahun menyepi daripada politik, Ong secara rasmi menjadi ahli Warisan beberapa hari lalu atas alasan didesak Presiden Warisan Shafie Apdal.

Shafie turut mengumumkan bekas ahli DAP dan PKR Wee Choo Keong akan bertanding di kerusi Wangsa Maju.

Wee adalah Ahli Parlimen Bukit Bintang untuk DAP dari 1990 hingga 2004, dan Ahli Parlimen Wangsa Maju PKR dari 2008 hingga 2013.

Shafie berkata Warisan masih belum memutuskan calonnya di kerusi Parlimen Arau.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya secara ringkas.

Senarai penuh calon Warisan di Semenanjung adalah:

Perlis P01 Padang Besar – Ko Chu Liang

Perlis P02 Kangar – Rohimi Shapiee

Perlis P03 Arau – Calon akan diumumkan

Kedah P08 Pokok Sena – Noraini Salleh

Kedah P09 Alor Setar – Fadzil Hanafi

Kedah P10 Kuala Kedah – Syed Araniri Syed Ahmad

Kedah P14 Merbok – Khairul Anuar Ahmad

Kedah P17 Padang Serai – Bakhri Hashim

Penang P42 Tasek Gelugor – Akmal Azhar

Penang P46 Batu Kawan – Ong Chin Wen

Penang P50 Jelutong – Lim Huat Poh

Penang P52 Bayan Baru – Ooi Chuan Aun

Perak P71 Gopeng – G Balachandran

Perak P72 Tapah – Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin

Perak P74 Lumut – Isnin Ismail @ Ibrahim Khan

Kelantan P19 Tumpat – Khairul Azuan Kamarrudin

Selangor P99 Ampang – Lai Wai Chong

Selangor P100 Pandan – Ong Tee Keat

Selangor P101 Hulu Langat – Abdul Rahman Jaafar

Selangor P110 Klang – Loo Cheng Wee

Kuala Lumpur P114 Kepong – Young Shang Yi

Kuala Lumpur P115 Batu – Naganathan Pillai

Kuala Lumpur P116 Wangsa Maju – Wee Choo Keong

Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Azman Idris

Johor P141 Sekijang – Zohar Ahmad

Akan diumumkan

 

1 Comment