Skandal SFI: Dato’ Nendrakumar Grant Thornton didakwa lagi wang haram RM115 juta!
00:11 Nov 04, 2022  |  By SabahKini2
Skandal SFI: Dato’ Nendrakumar Grant Thornton didakwa lagi wang haram RM115 juta!

Skandal SFI terdedah. Jual SFI RM1.2B. Bayar 10% RM120 juta tetapi wang dilesapkan oleh GTC-SFI. RM2.38 juta pecah amanah dan RM115 juta wang haram di 12 transaksi secara dalam talian. Inilah punca SFI tak bayar gaji!.

Pekerja Sabah Forest Industries (SFI) buka mata lagi. Satu persatu terbuka kebenaran. Nampaknya rakan skandal Shafie Warisan, Dato’ Narendrakumar Syarikat Grant Thornton Consulting Sdn Bhd dalam Skandal SFI berhadapan jalan sukar.

Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd membuka mata semua pihak. Kecurangan dalam urus niaga pasti berbalas. Sudah dituduh pecah Amanah RM RM2.38 juta kini berhadapan lagi kes besar pengubahan wang haram.

[ARTIKEL BERKAITAN- Curi duit SFI: Dato’ Narendrakumar Grant Thornton hadapi 8 tuduhan pecah Amanah RM2.38 Juta ]

 

Hari ini sekali lagi Pengasas syarikat Grant Thornton Malaysia (GTC) Dato’ CR Narendrakumar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM115 juta, tiga tahun lalu.

Dato’ CR Narendrakumar, 72, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai penerima dan pengurus yang dilantik dari Syarikat Grant Thornton Consulting Sdn Bhd, mengurus SFI memindahkan wang berjumlah RM115 juta melalui 12 transaksi secara dalam talian.

Ia dipindahkan daripada akaun semasa CIMB Bank Berhad ke akaun simpanan tetap CIMB Islamic Bank Berhad milik GTC yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, peguam, AG Kalidas yang mewakili Narendrakumar merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar lebih rendah kerana tiada risiko untuk melarikan diri selain mengalami masalah kesihatan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM350,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pada 14 September lalu, Narendrakumar didakwa atas lapan pertuduhan iaitu sebagai ejen penerima dan pengurus di sebuah syarikat telah melakukan pecah amanah wang deposit berjumlah RM2,383,370.31 milik sebuah syarikat lain dalam akaun CIMB, yang telah diamanahkan kepadanya.

Semua wang ini adalah milik firma taikun Syed Mokhtar Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) berkenaan pembelian Sabah Forest Industries (SFI) sebelum PRU14 tahun 2018.

 

Tertangkapnya Narendrakumar rakan sekongkol Warisan

Tertangkapnya  Dato' C R Narendrakumar dan didakwa di mahkamah adalah punca segala masalah di SFI. Saman Pelangi Prestasi Sdn Bhd (Tan Sri Syed Moktar Bukhari) telah membuka pekung Kerajaan Warisan disebalik pembatalan penjualan SFI kepada PPSB. Mahu komisen syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing sanggup melanggar perjanjian.

Jika Kerajaan Warisan menuruti perjanjian jual beli (SPA) mengambilalih SFI dengan harga RM1.2 bilion dituruti pasti tidak berlarutan hingga kini. PPSB telah membayar deposit sebanyak 10 peratus atau RM120 juta termasuk membayar sepenuhnya gaji kakitangan SFI sejak Mac 2018 hinggalah RM23.1 juta dari Januari hingga Mac tahun 2019. Tetapi PPSB dicurangi wang deposit mereka dicuri oleh Dato’ Narendrakumar Grant Thornton.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tertangkapnya Narendrakumar bukti Warisan, Grant Thornton punca SFI melingkup tidak bayar gaji pekerja!

Oleh itu pemimpin Warisan di Sipitang berhenti  menyalahkan  Kerajaan GRS. Jika tidak kerana kamu sejak 2018 menamatkan kontrak tanpa sebab semua ini tidak akan terjadi. Pekerja pasti dibayar gaji. Sekarang semua wang yang sepatutnya dibayar dibawa lari oleh Dato’ Narendrakumar.

 

 

8 Comments