Ronald Kiandee Sah tanding Beluran lawan calon BN-GRS Benedict Asmat
12:11 Nov 05, 2022  |  By SabahKini2
Ronald Kiandee Sah tanding Beluran lawan calon BN-GRS Benedict Asmat

Gagal dalam perundingan kerusi GRS-BN yang sepatutnya ditandingi oleh Ronald Kiandee akhirnya menyaksikan PN menyertai PRU-15 di Sabah di Beluran. Kiandee bangkit pertahankan kerusi itu. Siapakah menang? bekas MP Beluran atau bekas Presiden MPS?

Kemelut kegagalan perundingan kerusi BN-GRS di Beluran akhirnya mengesahkan bekas Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee mempertahankan kerusinya atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Kiandee, yang juga naib presiden Bersatu, telah digugurkan daripada senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas gabungan itu akur memberi Barisan Nasional (BN) Sabah kerusi itu kepada BN dengan calonnya Benedict Asmat Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

Rekod perkhidmatan Benedict Asmat Presiden Majlis Perbandaran Sandakan pasti menjadi pertaruhan dalam PRU-15 ini di Beluran sama ada beliau gagal sebagai pegawai awam memajukan Sandakan dan juga Beluran sebelum ini.  

Ronald Kiandee tiba di pusat penamaan calon Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran pada 8.45 pagi diiringi penyokongnya yang membawa bendera PN.

 

Sebelum ini sudah ada desas-desus mengatakan Kiandee akan bertanding di kerusi itu jika perundingan GRS-BN gagal di Beluran. Sebagai pemimpin kanan PN dan GRS sudah tentu pengguguran di kerusi Beluran tidak dapat diterima memandangkan beliau sudah membuktikan kerjanya di Parlimen Beluran.

Penyertaan Ronald Kiandee di kerusi Beluran sekali gus mewujudkan pertembungan anatra calon BN yang dinamakan oleh GRS.

Penamaan calon di Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru iaitu Benedict Asmat (BN-UMNO), Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin @Sudin (Pejuang), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Bersatu) dan Felix Joseph Saang (PH-UPKO).

Jumlah pengundi di Beluran ialah 44,727. Pada PRU 2018 Ronald Kiandee menang majoriti 7,115 undi.




 

7 Comments