(VIDEO) Pencalonan Peter Anthony ditolak penyokong parti KDM merusuh
14:11 Nov 05, 2022  |  By SabahKini2
(VIDEO) Pencalonan Peter Anthony ditolak penyokong parti KDM merusuh

Pencalonan Peter Anthony Presiden KDM ditolak di Tenom gara-gara kes mahkamah Peter Anthony masih dalam proses rayuan. Ini menyebabkan penyokongnya merusuh di Pusat Penamaan calon.

 

Penamaan calon di Parlimen Tenom huru-hara selepas rusuhan penyokong Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) yang tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihanraya.

Difahamkan kekecohan berlaku selepas borang pencalonan calon PKDM Datuk Peter Anthony ditolak apabila menerima bantahan daripada calon yang bertanding bagi kerusi berkenaan.

Kekecohan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi apabila sekumpulan penyokong PKDM memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom Tenom di sini.

Bagaimanapun, anggota keselamatan segera mengawal keadaan dan terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyekat daripada penyokong PKDM memasuki kawasan penamaan calon.

Mei lalu Mahkamah Sesyen memutuskan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony bersalah atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

5 Ogos lalu Datuk Peter Anthony membuat rayuan bagi menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Tinggi bagi memboleh kan beliau bertanding PRU-15. Pengurusan kesnya masih berjalan hingga kini.

Setakat ini  disahkan permohonan Peter bertanding di Parlimen Tenom telah ditolak atas kes mahkamah.

Dilaporkan tiga lagi parti lain turut bertanding dikerusi berkenaan antaranya Barisan Nasional (BN) yang diwakili Jamawi Jaafar; Pakatan Harapan (DAP) diwakili Noorita Sual dan Parti Warisan Ukim Buandi.

22 Comments