[VIDEO] Habislah SPR, penguatkuasa: Azis Jamman Warisan ugut kalau dia jadi Menteri KDN awas, jaga!
09:11 Nov 08, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Habislah SPR, penguatkuasa: Azis Jamman Warisan ugut kalau dia jadi Menteri KDN awas, jaga!

Dulu jadi Timbalan Menteri KDN macam-macam dia buat termasuk merestui sindiket.Penjenayah Dato' Nicky pun dia bela. Kini belumpun berkuasa sudah mengugut kononnya kalau dia jadi Menteri KDN awas dan jaga semua penguatkuasa.

 

Nampaknya perangai Shafe Apdal dan anak buahnya terlalu ‘Sempornarian’ masih menebal dalam Warisan. Jika dalam PRN Sabah 2020 ‘Sempornarian’ saja betul sehingga semua ketua jabatan dan GLC Sabah dilantik orang Semporna. PPNS dipenuhi Sempornarian.

Shafie dan Warisan jika berkuasa akan mendahului keluarga, suku sakat dan kaumnya. Malah gemar menunjuk kuasa. Itulah apa yang ditunjukkan dalam video yang tular sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?

Pengakuan Shafie Apdal Warisan dalam PRN 2020

 

Azis Jamman kata ‘Jaga’ jika dia Menteri KDN!

Kini anak buahnya Datuk Mohd Azis Jamman dulu pernah dilantik sebagai timbalan menteri di Kementerian Dalam Negeri semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa menunjukkan sikap sebenar beliau.

Dalam satu majlis kempen Warisan di Sepanggar beliau secara terang-terangan menyatakan ugutan terbuka kepada pihak berkuasa akan mengajar mereka jika dia berkuasa.

Mohd Azis calon luar parlimen P171 Sepanggar itu berang dan tidak puas hati dengan pihak berkuasa yang kononnya jika tidak adil memperketat pemantauan terhadap kempen serta ceramah- calon-calon parti Warisan tetapi longgar untuk parti-parti lain.

Satu klip video berdurasi 40 saat (Video di atas) kini sedang viral di media sosial dan menjadi topik ulasan oleh pelbagai pihak tentang wajah sebenar pemimpin Warisan.

"Bukan apa, untuk makluman pihak SPR saya pun mahu bagitau, Warisan pun ada 'special branch' (mata-mata) juga yang kami hantar memerhati setiap ceramah dan program calon-calon yang bertanding. Sekiranya kami nampak ada perbezaan cara layanan dan pemantauan, jaga!," tengking Mohd Azis yang pernah dikaitkan dengan kes skodeng di tempat awam oleh orang bawahan beliau semasa masih timbalan menteri lagi.

Tambah beliau lagi, "Kalau mahu pantau adil, adil semua! Jangan nanti esok, di sini Warisan dipantau bukan main ketat-ketat, sedangkan sampai sana (ceramah calon parti lain), longgar-longgar. Awas kalau saya tau, besok saya jadi menteri KDN, jaga!"

Amaran serta ugutan beliau ini secara jelas memperlihat sikap sebenar pemimpin Warisan terutama keturunan Shafie Apdal yang gemar menggunakan ugutan jika berkuasa.

Belum pun menang, sudah sombong dan tunjuk kuasa.

Ketika dia menjadi Timbalan Menteri KDN banyak juga projek IC, surat beranak lewat, suami isteri yang berkahwin warga asing, anak-anak stateless, penduduk tetap (PR), orang meninggal guna surat beranak atau Kad Pengenalan orang mati dan beberapa sindiket lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah ]

Sekarang Azis Jamman mahu menunjukkan jika Warisan berkuasa mereka mahu jawatan Menteri KDN untuk menyambung tugas yang tergendala. Maka sifat suka tunjuk kuasa dan sikit-sikit terus beri amaran tuhan tunjukkan supaya rakyat tahu perangai sebenar Shafie Apdal, keluarganya dan Warisan.

Azis Jamman marah SPR dan lain lagi. Bukankah Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Sepanggar, Abdul Mukti Muchlis sekarang ipar Datuk Azhar Matusin Adun Warisan Dun Darau yang banyak beri keistimewaan kepada Azis Jamman bertanding di Parlimen Sepanggar? Jadi mengapa Azis berlagak mahu menyalahkan SPR serta pihak berkuasa?

BACA LAGI

[ARTIKEL LAIN- Dulu bela Timbalan Menteri kini Nicky Liow 'bela' 34 pegawai penguat kuasa diburu! ]

[ARTIKEL LAIN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!

 

11 Comments