Murut kecam Peter KDM Hina Masyarakat Mamagun demi agenda Shafie
07:02 Feb 26, 2018  |  By SabahKini2
Murut kecam Peter KDM Hina Masyarakat Mamagun demi agenda Shafie

Bagaimana Peter Presiden NGO Kadazan Dusun Murut (KDM) boleh menghina Mamagun (Orang Asal) demi bertuankan Shafie Apdal dan Parti Warisan?

TENOM: Ahli Minds ( Murut Institute For Develoment Studies) menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony kurang tepat apabila beliau mendakwa sejarah Orang Asal di Sabah kononnya dari Etnik Suluk, Baju dan Simunul, ketika berceramah di Matunggong pada 14 februari lalu.

Seorang Ahli Minds Aniff Datuk OKK Sanha memberitahu bahawa dakta sejarah yang dimiliki Peter Anthony jelas kurang tepat dan agak bercanggah dengan penjelasan seorang penulis buku “The Pagans” Rotter Owens yang menulis bahawa orang asal di Sabah ( North Boneo) yang terawal ditemui adalah suku kaum Murut, Katanya.

Menurut petikan tulisan Rotter Owen dalam bukunya "The Pagans Of North Borneo"dicetak sekitar tahun 1929, ialah Murut boleh dianggap sebagai penduduk pertama Borneo Utara. Rotter seorang pegawai British yang telah berkhidmat sebagai Pegawai Penyiasat selama 18 bulan

Aniff yang juga seorang Graduan daripada Universiti Malaya berkata, mungkin apa yang dijelaskan oleh Peter Anthony itu ( Berhubung Fakta Sejarah) sekadar mendengar cerita itu daripada pihak ketiga dan bukan hasil penyelidikannya sendiri, katanya kepada pemberita pada rabu.

Beliau berkata demikan sebagai mengulas kenyataan Datuk Peter Anthony, Naib Presiden Warisan ketika berceramah di Matunggong, Kudat dalam program Bicara Presiden dirakam dalam Klip video Berdurasi 27 saat yang kini tular di media social dipetik sebagai berkata ; Diorang ini tahukan soal fakta sejarah di Sabah. Suku kaum etnik suluk,Bajau dan Simunul merupakan orang pertama dijumpai di Sabah..dan mereka ini di recognise oleh British Government di Sabah pada ketika itu” kata Peter.



Ekoran daripada kenyataan Naib Presiden warisan Datuk Peter Anthony menyebabkan ramai masyarakat Mamagun ( Orang asal) merasa tersinggung dengan kenyataan itu.

Malahan ramai menyifatkan sebagai menidakkan kewujudan masyarakat orang asal sebagai orang pertama yang menghuni bumi Sabah sepertimana penyelidikan Rotter Owen penulis buku “ The Pagans Of North Borneo”

Minds sebagai kumpulan penyelidik pembangunan masyarakat Murut, merasakan bahawa dengan tindak tanduk serta kenyataan Peter itu telah mencetuskan rasa kurang senang malah seolah-olah fakta sejarah itu dipesongkan menyebabkan status “Orang Asal” Murut tersisih atau terpadam.

Oleh itu, Minds meminta Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony meminta maaf secara terbuka kepda masyarakat Murut atau ‘Orang Asal’ di atas perbuatannya.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Minds dan masyarakat Murut Mamagun tidak akan teragak-agak untuk menfailkan mana-mana di Mahkamah Anak Negeri berhubung pelanggaran dari segi Adat Istiadat suku kaum Murut.

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial netizen orang asal (Mamagun) mempersoalkan fakta Peter yang juga Presiden NGO Kadazan Dusun Murut (KDM). Bagaimana seorang Presiden KDM boleh menerima dan menggunakan fakta yang salah semata-mata demi alasan politik bertuankan Shafie Apdal dan Parti Warisan. Presiden KDM jelas menghina masyarakat Mamagun.

 

Sumber Asal: DE

22 Comments