[VIDEO] Pegawai Pengurus SPR Sepanggar 'budak' Azis Jamman, boleh 'kawtim' kertas undi calon Warisan, ugutan wayang?
15:11 Nov 08, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pegawai Pengurus SPR Sepanggar 'budak' Azis Jamman, boleh 'kawtim' kertas undi calon Warisan, ugutan  wayang?

Semalam kecoh Azis ugut SPR & penguatkuasa! Jika dia jadi Menteri KDN. Tapi jangan lupa Pegawai Pengurus SPR Sepanggar 'budak' Azis Jamman siap boleh 'kawtim' tukar nama kertas undi calon Warisan lagi. Hanya melalui mesej. Azis sebenarnya ugut SB?


Dalam Satu klip video berdurasi 40 saat kini viral di media sosial Azis Jamman dengan penuh emosi menuduh penjawat awam seperti SPR dan penguatkuasa seperti polis SB sebagai tidak adil.

Katanya Warisan pun ada 'special branch' (mata-mata) dihantar memerhati setiap ceramah dan program calon-calon yang bertanding. Sekira tidak adil atau layanan berbeza dia mengugut ‘jaga’.

“Awas kalau saya tau, besok saya jadi menteri KDN, jaga!"

Tetapi mengapa Azis perlu marah pada SPR atau penguatkuasa kerana Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Sepanggar, Abdul Mukti Muchlish dilaporkan ipar kepada Datuk Azhar Matusin. Mukti sekarang adalah Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKK. Semua tahu dia pegawai pro PH dan Warisan.

 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Sepanggar, Abdul Mukti Muchlish

Jadi mengapa Azis memberi peringatan kepada SPR? Atau wayang. Semua tahu pada 5 November hari penamaan calon Aziz Jamman sampai sebelum jam 9 pagi boleh masuk terus dewan pencalonan dan Pengurus SPR Mukti menolong menyemak serta  membantu borang pencalonan.

Ketika penamaan calon Azis hanya menggunakan nama Mohd Azis untuk cetakan kertas undi namun selepas penamaan Azis boleh mesej Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Mukti Muchlish untuk menukar namanya. Kedua-dua paparan nama Mohd Azis sebelum dan selepas Mohd Azis Jamman sempat dipaparkan dalam laman web SPR.

Terbaru selepas beberapa jam penamaan calon. Nama boleh ditukar hanya dengan
mesej Pengurus SPR Sepanggar

Memanglah tiada masalah menggunakan nama lain dalam kertas undi PRU tetapi Azis Jamman boleh menukarkannya selepas cabutan undi dan memilih nama Mohd Azis.

Nampak tak besarnya kabel Azis Jamman boleh tukar apa dia mahu hanya dengan mesej pegawai Pengurus SPR Sepanggar. Mengapa? kerana Abdul Mukti Muchlish Pengurus SPR Sepanggar orang Azis Jamman!. 

 

Adik Azis Jamman di SPR

Bukan lagi rahsia adik  Azis Jamman Norlina Jamman merupakan Timbalan Pengarah Akademi SPR yang punya akses dokumen SPR. Malah pada PRN Sabah 2020 beliau dengan bangga mengumumkan bertugas di Semporna tempat pakciknya Shafie Apdal bertanding PRU. 

Norlinah Jamman Timbalan Pengarah Akademi Pilihanraya Malaysia antara pegawai yang dikaitkan
dengan kemenangan Azis Jamman di Sepanggar sebelum ini.Maklumat pengundi diberi kepada Azis

 

Oleh itu agaknya siapa SPR Sepanggar akan serang dulu atau bias? sudah tentu Abdul Mukti Muchlish sokong Azis dan Warisan.Maka tak benar SPR dan penguatkuasa akan memberi kelebihan kepada BN, KDM dan Bebas. 

 

 

3 Comments