[VIDEO] Janji Anwar halang keluarga dapat projek, wayang! Keluarga, adik-beradik jutawan ketika Anwar Menteri Kewangan!
12:11 Nov 11, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Janji Anwar halang keluarga dapat projek, wayang! Keluarga, adik-beradik jutawan ketika Anwar Menteri Kewangan!

PRU15 Anwar dan PH kencing lagi dengan janji manis. Terbaru Anwar kata akan halang ahli keluarga dapat projek. Boleh percaya? rekod Anwar kayakan keluarga dan adik-beradik ketika berkuasa. Malah hingga kini mereka kekal jutawan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau akan melarang keluarga terdekatnya daripada terlibat dalam mana-mana projek kerajaan, demikian lapor NST.

Anwar semakin terdesak untuk menjadi Perdana Menteri ke 10 selepas beberapa siri terus kekal sebagai ‘PM Tepi’. Bermacam-macam cara kempen Anwar dalam PRU-15 kali ini menutup ‘Kencing PH’ 22 bulan mimpi ngeri rakyat Malaysia yang masih tertanam dalam kepala rakyat Malaysia.

Anwar dan PH kuat di beberapa kerusi tradisi atau Kawasan PH namun masih sukar di kerusi parlimen lain yang dikuasai oleh BN atau bekas cebisan Bersatu, PAS  atau dalam Perikatan Nasional. Jika dahulu dalam PRU-14 undi semua dalam Pakatan Harapan sudah tentu di kerusi yang dimenangi PH atas logo PKR akan berpecah lagi kepada PN dan PH.

Anwar tidak ada pilihan selain dari merayu, minta maaf atau membuat janji baru yang kelihatan berbeza dari manifesto ‘Kencing PH’ sebelum ini. Kempen tol, PTPTN, cukai GST, jual aset negara dan kos sara hidup mungkin sesuatu yang memeritkan memandangkan janji-janji tidak dilaksana ketika PH berkuasa apatah lagi imej Parti DAP yang keras memansuhkan hak-hak Melayu dan Bumiputera sebelum ini.

 

PRU-15 janji mansuh tol PH muncul lagi....


Tidak mahu beri keluarga projek!

Janji terbaru Anwar ialah selain memotong gajinya beliau juga berjanji jika PH menang PRU-15 beliau akan melarang keluarga terdekatnya daripada terlibat dalam mana-mana projek kerajaan.

Boleh percaya? Kerana rekod Anwar ketika sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membuktikan siapa Anwar Ibrahim. Ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar terkenal dengan kronisme dan nepotisme ketika berkuasa.

Bukan lagi rahsia bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan berkas Pengerusi Syarikat IOI juga memiliki saham di lebih 20 syarikat senawai awam.

Memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad, 3,790,500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated, Lam Soon Huat Development Bhd manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad.

Rani Ibrahim, abang Anwar yang sebelum ini muflis tapi dilantik BOD termasuk syarikat perjudian Olympia.

Marzuki adik Anwar juga kaya raya. Marzukhi memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.Begitu juga di Inovest Berhad milik Tengku Wong

Adik perempuan Anwar, Farizon Ibrahim ini siapa tidak kenal dia selain pernah dilantik pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalan Security yang memilliki saham bumiputera diberi kepadanya.

Dato’ Wan Ismail, bapa mertua Anwar dilantik sebagai Pengerusi SAAG.

Semua keluarga dan adik beradik Anwar bukanlah aktif dalam perniagaan sebelum Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan. Mereka semua kaya raya ketika Anwar berkuasa.

Ini belum dikira pegawai-pegawai di sekelilingnya termasuk Dato’ Ishak Ismail, Dato’ Sharit Jusof, Dato’ Nazeri Abdullah, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dato’ Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.

Ketika Anwar menamakan dirinya sebagai PM 9 dengan gerakannya lincahkan mahu membeli MP BN beliau menggerakkan adik beradik serta keluargannya memainkan persepsi kenaikan harga saham menggunakan syarikat yang ada kaitan dengannya.

Pada oktober 2020 beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan Anwar meraih keuntungan selepas spekulasi isu PM 9.

Aktiviti-aktiviti di kaunter syarikat Advance Synergy Bhd., Malayan United Industries Bhd, (MUIIND) dan Pan Malaysia Holdings Bhd milik adik perempuannya Farizon Ibrahim melonjak naik.

Pengerusi Advance Synergy Group Datuk Ahmad Sebi Bakar bekas Pengarang Berita Harian turut dikaitkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim. Ahmad Sebi menguasai 23.27 peratus dalam syarikat itu. Syarikat itu meraih keuntungan kerana spekulasi

[ARTIKEL BERKAITAN- Anwar di belakang kaunter saham syarikat adik, keluarga raih untung di Bursa Malaysia?

Farizon Ibrahim adik Anwar

 

Ahmad Sebi Bakar

Bayangkan jika Anwar berkuasa sebagai PM mestilah keluarganya mendapat lebih manfaat berbanding orang lain.

Jadi kenyataan Anwar bahawa

“Anak-anak saya, isteri saya (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), keluarga terdekat saya, tidak akan dibenarkan menyentuh projek kerajaan, ia akan dilarang. Semasa saya menjadi menteri kewangan, saya tidak pernah mendapat apa-apa tanah, saham atau konsesi pembalakan, berikutan itu saya berani berkata sedemikian,”

Hanyalah satu pembohongan. Tak dapat apa semua tahu milikan saham berjuta ringgit dimiliki oleh bapa, mentua dan adik-beradiknya malah sehingga kini mereka tetap jutawan.

Oleh itu rakyat perlu terus kekal mengingati perit 22 bulan PH berkuasa apabila kerajaan PH di bawah telunjuk DAP. Dr Mahathir yang dikira diktator pun tak mampu bertegas untuk melawan DAP yang menyekat dan memotong semua peruntukan orang Melayu Bumiputera. Aset-aset yang dijana untung untuk dijual kepada pihak luar seperti Singapura dan China

Maka rakyat ‘Jangan dikencing PH lagi’. Cukuplah pasti derita 22 bulan akan berulang dan mungkin lebih teruk.

3 Comments