Rakyat Sepanggar tolak calon PKDM berlagak mewah, penipu plat kereta KW171!
09:11 Nov 12, 2022  |  By SabahKini2
Rakyat Sepanggar tolak calon PKDM berlagak mewah, penipu plat kereta  KW171!

Kemaruk sejak Warisan mahu jadi calon Sepanggar. Lompat ke PDKM terus jadi calon Sepanggar. Rakyat Sepanggar buka mata. Masa di Warisan dia berlagak kaya, plat kereta KW171 pun tipu. Bila kantoi sembunyi kereta di PPNS. Pemimpin macam ni Sepanggar mahu?

Niat bekas Ketua Wira Warisan Sepanggar Jumardie Lukman yang kemaruk mahu menjadi calon Parlimen Sepanggar menggantikan Azis Jamman akhirnya tercapai selepas disahkan antara 5 calon lima penjuru di Sepanggar.

Jumardie Lukman bekas staf UMS sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai Juruukur Bahan (QS) semata-mata mahu bergelar wakil rakyat Sepanggar.

Keluar daripada Warisan dan menyertai Datuk Peter Anthony di Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) memberi ruang besar kepadanya untuk bertanding PRU.

Di atas kertas sesiapa saja boleh bertanding namun hakikatnya persaingan di Sepanggar hanyalah antara Datuk Yakub Khan (BN) selaku orang tempatan dengan Datuk Azis Jamman penyandang Parlimen Sepanggar (Warisan) yang juga orang luar Sepanggar.

Apakah Sepanggar akan kembali kepada orang tempatan?

Tsunami polittik PRU14 mungkin ruang kepada Azis Jamman Warisan menang bergaya namun PRU15 mungkin jalan lebih sukar buat Azis berlawan dengan orang tempatan yang hari-hari di Sepanggar. Apatahlah lagi Datuk Yakub merupakan Adun Karambunai yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

Calon Pakatan Harapan (PH) Mustapa Sakmud juga orang luar Kota Belud mungkin sekadar memecahkan undi dari suku kaum Bajau di Sepanggar.

 

Jumardie bekas orang kanan Azis Jamman

Orang Sepanggar kenal Jumardie bekas QS UMS yang taat kepada Datuk Peter Anthony pemilik syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd yang kontroversi dengan kes rasuah dan penipuan dokumen projek Elektrik UMS. Dulu di UMS bukan main dia lincah malah mengecam pelantikan Naib Canselor UMS.

Maka tak hairan Peter meninggalkan jawatan Naib Presiden Warisan, Jumardie antara Ketua Wira Warisan menyertai Peter lebih awal.

Jumardie juga orang kanan Azis Jamman namun sikap Azis menjengkelkannya seolah-olah tidak memberi ruang kepadanya selaku pengganti orang Sepanggar. Maka menyertai Peter lebih mudah.

Dulu Yes bos kini lawan ..

Sabahkini2 pernah mendedahkan siapa Jumardie Lokman yang berasal dari Makasar (Ibubapanya masih di Makasar) yang dapat projek IC serta tidak punya keluarga di Sabah tinggal di Telipok dan hanya punya keluarga di rumah mentua di Putatan. Beliau berkahwin dengan bekas Puteri UMNO.

Ketika sebagai Ketua Wira Sepanggar beliau terlibat dengan skandal penipuan plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171

Berlagak kaya dan hidup mewah ketika sebagai Ketua Wira tetapi ke hulu ke hilir dengan Land Cruiser Nombor Pendaftaran KW171 tanpa cukai jalan dan didaftarkan atas nombor palsu yang bukan miliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171

 

 

Selepas isu itu kontroversi sejak oktober 2019 Jumardie menyembunyikan Land Cruiser plat palsu KW171 itu di bangunan PPNS (Menara Kinabalu) siap dengan pelekat Istana Negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Ketua Warisan Sepanggar sembunyikan Land Cruiser plat palsu KW171 di PPNS guna pelekat Istana?

 

Kini Ketua Warisan Sepanggar sembunyikan Land Cruiser plat palsu KW171 di PPNS guna pelekat Istana?

Jika jenis pemimpin begini nak jadi Ahli Parlimen Sepanggar rakyat percaya tak? Bab nombor plat kereta pun dia tipu. Nanti lagilah tipu rakyat 

Rakyat Sepanggar hati-hatilah. Kalau jika ada penyokong dia pun jadikan saja sebagai pemecah undi Azis Jamman.


Rakyat jangan tertipu bekas Warisan ni. Mereka sama saja dengan Azis Jamman Warisan..

 

2 Comments