Bilionair Robert Kuok nafi Shahrir Samad kata 'tidak percaya'
09:02 Feb 27, 2018  |  By SabahKini2
Bilionair Robert Kuok nafi Shahrir Samad kata 'tidak percaya'

Dakwaan-dakwaan ini tidak benar, Robert Kuok menafikan kesemua dakwaan itu,” menurut beberapa media yang memetik kenyataan pejabatnya.

Orang terkaya di Malaysia Robert Kuok menafikan menaja DAP untuk menjatuhkan kerajaan.

“Dakwaan-dakwaan ini tidak benar, Robert Kuok menafikan kesemua dakwaan itu,” menurut beberapa media yang memetik kenyataan pejabatnya.

Dalam mengeluarkan kenyataan penafian itu, pejabatnya turut menyatakan Kuok berhak menyaman penulis blog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin atas tuduhan yang dileparkan itu.

"Kuok dengan jelas menyatakan bahawa artikel Malaysia Today mengandungi fitnah yang serius. Tambahan pula, tuduhan itu adalah tidak benar dan serangan terhadapnya tidak seharusnya terjadi.

"Kuok mengambil serius tuduhan tidak berasas ini dan mencadangkan untuk mengambil langkah yang perlu terhadap Malaysia Today dan penulisnya bagi menghadapi tuduhan palsu yang terkandung dalam artikel berkenaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa tuduhan palsu itu turut mendakwa Kuok cuba memanipulasi proses politik Malaysia, melabel Kuok sebagai antikerajaan, perkauman dan Cina cauvinis.

Pejabat Kuok turut menekankan bahawa sebarang tuduhan bahawa beliau "lupa asal-usul" adalah "tidak benar sama sekali".

"Kuok juga ingin menyatakan bahawa beliau sangat menghargai semua peluang yang diberikan kepadanya dan mengiktiraf jasa rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama terhadap pembangunan Malaysia sehingga hari ini selain komitmen berterusan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam memastikan masa depan yang cerah bagi negara ini.

"Kuok memandang tinggi pemimpin Malaysia yang sepanjang hayatnya melakukan segala yang termampu untuk disumbangkan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya."

Pemimpin Umno termasuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyifatkan Kuok sebagai "tidak kenang budi".

Nazri malah mencabar Kuok untuk bertanding pilihan raya.

Sementara itu menurut muka depan akhbar China Press anggota parlimen Johor Bharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata beliau mengenali Kuok sebagai seorang peniaga yang tidak masuk campur dalam politik.

Katanya, Kuok berasal dari Johor Bharu dan penduduk di sana mengenali keluarganya.

Dua artikel yang diterbitkan Malaysia Today mendakwa Kuok menjadikan anak saudaranya, James Kuok, sebagai perantara dengan DAP dan menerbitkan gambar pertemuan James dengan sejumlah pemimpin DAP.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pula menyifatkan sumber dakwaan terhadap Kuok iaitu Malaysia Today sebagai tidak boleh dipercayai.

"Apa yang dinyatakan di blog itu hanya putar belit dan tiada bukti. Ia tidak meyakinkan," katanya.

James Kouk turut menafikan dirinya menjadi orang tengah antara Kuok dan DAP.

Beliau menjelaskan gambar tersebut diambil di restorannya di Petaling Jaya yang memang sentiasa dikunjungi ramai ahli politik di negara ini.

Dalam buku Memoir Robert Kuok beliau mengaku memberi dana sumbangan kepada BN sejak selepas merdeka lagi.

r

 

Comment